HIKMAH DALAM BERDAKWAH

Hikmah berdakwah dalam kondisi mahasiswa

Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Firman Allah yang bermaksud : “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)

Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.

Dalam kondisi mahasiswa, kebanyakkannya didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pelbagai pandangan. Sehinggakan ia membawa kepada perdebatan yang boleh merugikan kedua-dua pihak. Itulah perlu diketahui hikmah untuk berdakwah dan yang perlu difikirkan cara terbaik dalam kondisi kampus yang mempunyai pelbagai pemikiran dan pandangan. Melalui pendekatan yang baik, setiap perbincangan akan merasai nilai perbincangan dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia.

Syeikh Muhammad Abduh menyimpulkan dari ayat di atas bahawa seorang pendakwah akan menghadapi tiga jenis manusia iaitu:

1) Golongan cendekiawan yang dapat berfikir secara kritis dan mendalam, cepat dapat menangkap sesuatu persoalan. Mereka ini harus didakwah dengan berhikmah, iaitu dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka.

2) Golongan orang awam yang kebanyakkannya belum dapat berfikir secara kritis, belum dapat menangkap pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka hendaklah didakwah dengan nasihat dan pengajaran yang baik iaitu melalui pendidikan yang baik dan mudah difahami.

3) Golongan yang tingkat kecerdasannya diantara yang tersebut diatas. Mereka ini hendaklah didakwah dengan bertukar-tukar pandangan dan fikiran yang boleh mendorong untuk berfikir secara sihat dalam mencari kebenaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan adalah mengikut kondisi orang yang didakwahnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (Riwayat Muslim)

Walaupun begitu Mohd. Natsir dalam bukunya Fiqhud-dakwah menyebutkan bahawa hikmah itu lebih dari semata-mata ilmu. Ia adalah ilmu yang sihat, yang sudah dicernakan; ilmu yang padu dengan rasa periksa, sehingga menjadi daya penggerak melakukan sesuatu yang bermanfaat lagi berguna. Kalau dibawa kepada bidang dakwah ia bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang berguna dan efektif. Inilah yang lebih benar kepada memahamkan maksud hikmah dalam erti kata yang lebih luas daripada membatasi erti hikmah kepada alat atau cara menyampaikan dakwah kepada golongan cendekiawan.

Oleh itu, hikmah dalam bidang dakwah diperlukan dalam semua golongan, baik golongan cendekiawan, orang awam atau golongan yang suka bersoal jawab dan berdebat. Perkara ini membawa erti bahawa hikmah itu meliputi cara atau taktik berdakwah yang diperlukan dalam menghadapi golongan tersebut.

Di dalam al-Quran hikmah disifatkan sebagai anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah, ayat 269)

Al-Quran telah menerangkan bahawa semua nabi telah diajar hikmah oleh Allah. Keistimewaan hikmah yang dimiliki oleh para nabi inilah yang menyebabkan mereka yang paling istimewa dan yang paling berilmu. Hadis nabi juga menyebutkan bahawa hikmah merupakan barang mukmin yang hilang. Ertinya manusia yang betul-betul layak untuik memiliki hikmah adalah dari kalangan orang yang beriman. Nabi juga menasihatkan orang mukmin supaya mengambil hikmah di mana-mana sahaja hikmah itu ditemui kerana hikmah itu adalah barang mukmin yang hilang.

Dalam konteks dakwah, Allah telah menjelaskan hikmah dalam beberapa makna mengikut kondisi keadaan yang berlaku. Antaranya hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus diam. Para pendakwah seharus mengetahui saat ia harus berbicara dalam menyampaikan dakwah supaya dakwahnya mudah diterima. Hikmah dalam erti memilih dan menyusun kata-kata. Seorang pendakwah perlu menggunakan bahasa yang baik, tepat dan padat. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatakanlah dengan kata-kata yang tepat.” (al-Ahzab, ayat 70)

Para ulamak menyebutkan qaulan sadida dengan kata –kata yang lurus, kata yang benar dan kata yang tepat iaitu berbicara dengan penuh kejujuran kerana di situlah terletak unsur segala kebahagiaan dan pangkal dari segala kesempurnaan kerana yang demikian itu berasal dari kemurniaan hati.

Islam menyarankan supaya pendakwah berhikmah dalam cara perpisahan supaya perpisahan itu benar-benar memberi kesan dalam hatinya atau menjauhi mereka dengan cara terbaik. Dalam hal demikian, Allah berfirman yang bermaksud :

“ dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (al-Muzammil, ayat 10)

Ayat ini menjelaskan bahawa pendakwah tidak perlu bersusah hati dan sesak nafas dengan tingkah laku yang bengis dan ucapan-ucapan mereka yang kasar. Berpisahlah dengan mereka dengan tingkah laku yang memperlihatkan budi pekerti yang tinggi dan akhlak yang mulia. Apabila berlakunya sesuatu perdebatan dan diskusi hendaklah berakhir dengan cara terbaik supaya hubungan dakwah tetap terjalin jangan ditutup salurannya untuk menyambung pada suatu saat yang lebih sesuai. Firman Allah yang bermaksud :

“ Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berkesan kepada jiwa mereka.” (al-Nisa’ , ayat 63)

Allah telah merakamkan kisah nabi Musa berdialog dengan kaumnya yang menyembah Firaun. Firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan tetapi kamu menyeru aku ke neraka. Kamu menyeru aku supaya kafir kepada Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang tidak aku ketahui padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha pengampun. Sudah pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku beriman kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apa-apapun baik di dunia maupun di akhirat. Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka. Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (al-Mukmin, ayat 41-44)

Ini merupakan dialog antara Nabi Musa yang menyeru ke arah kebaikan dan keselamatan sementara kaum Firaun menyeru ke arah syirik kepada Allah. Akhirnya nabi Musa mengingatkan mereka bahawa pasti mereka akan mengetahui kebenaran apa yang ia perkatakan dan berlakunya perpisahan dengan kaumnya dengan cara terbaik. Ini juga termasuk dalam berhikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam berdakwah juga bermaksud dakwah harus mengikut keutamaan dari segi kerja-kerja yang akan dilakukan. Perlu memfokuskan kepada sesuatu isu dan aktiviti yang dapat memberi sumbangan kepada mahasiswa dan umat Islam itu sendiri sehingga dakwah dapat tampil di tengah masyarakat dengan kehadiran yang dinanti-nantikan. Misalnya keutamaan mendidik umat adalah satu keutamaan kepada gerakan dakwah.

Keutamaan lainnya adalah melihat isu semasa dan mencari jalan keluar yang dapat mengembangkan pengaruh bukan sahaja di kampus, tetapi di tengah-tengah masyarakat, misalnya kerja dakwah dalam mengatasi kemiskinan, hak-hak asasi manusia dan agenda penyatuan ummah. Hikmah dalam berdakwah juga bererti dakwah harus sesuai dengan realiti setempat. Dakwah mesti membumi di tempat mana ia berpijak, bukan melangit sehingga tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan mahasiswa dan dalam realiti masyarakat.

Mahasiswa juga perlu pandai menggunakan pelbagai kaedah yang terbaik dalam menyampaikan dakwah seperti menyampaikan pendapat mereka menerusi tulisan-tulisan penuh semangat dan berfakta melalui laman-laman web ataupun menerusi rencana-rencana. Perkembangan mentaliti pendakwah kampus ini jelas terpancar apabila pandangan mereka mula diteliti dalam merencana sedikit sebanyak isu semasa tanahair yang mempamerkan konsep perjuangan intelek, sesuai dengan citarasa maysrakat kontemporari Malaysia.

Akhir sekali, haruslah dakwah ini diwarnai dengan nilai-nilai Islam yang sebenar. Supaya dakwah Islam dapat diterima oleh semua peringkat, tidak kira dari golongan mahasiswa, masyarakat ataupun negara.

~ Let’s Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

Mencegah Dan Mengubat



الوقاية خير من العلاج
"mencegah lebih baik dari mengubati"

Apa beza antara cegah dan ubat...

cegah ni dilakukan sebelum sesuatu perkara atau penyakit atau masalah itu menghidap ataupun dalam bahasa medik yang kita selalu menghadap kat buku tu dinamakan PROPHYLAXIS....

ubat pulak diberikan setelah sesuatu perkara atau penyakit atau masalah itu menghidap ataupun dalam bahasa medik yang kita selalu menghadap kat buku tu dinamakan DRUGS atau medicine.....

jadi perbezaan yang ketara disini adalah bagaimana kita mahu MENGATASIsesuatu masalah itu baik dari segi kita halang masalah itu sebelum masalah itu terjadi (cegah) atau kita MENGATASI sesuatu masalah itu selepas kitaBERTEMU dengan masalah tersebut(ubat)...

Dalam Islam, kita diajar supaya menutup seberapa banyak pintu-pintu yang boleh membawa kepada maksiat, fitnah dan segala-gala perkara yang tidak baik ini adalah kerana BERFIKIR untuk kaedah menCEGAH itu adalah 1000 kali ganda lebih mudah berbanding BERFIKIR untuk kaedah mengUBATi sesuatu masalah tersebut...

Atas dasar inilah kita selaku umat Islam yang beriman perlu mempertimbangkan seberapa berat yang mungkin tentang setiap aspek yang ingin kita lakukan sebab umat Islam diajar bahawa kehidupan ini bukan hanya semata-mata didunia, tetapi kita semua akan diHITUNG dihadapan kerajaan yang maha AGUNG, iaitulah kerajaan ALLAH...

Dari perkara-perkara yang kita rasakan remeh sehinggalah perkara-perkara yang sebesar Gunung SINAI dan yang lebih dari itupun akan Allah persoalkan andai kita tidak memandang soal HALAL HARAM, BAIK BURUK, dan item-item lain yang sama waktu dengannya....

Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk melihat kebaikan yang ada pada sesuatu benda, tetapi dalam masa yang sama kurang berfikir tentang KESAN BURUK yang akan melanda daripada perkara yang kita akan lakukan tersebut...

Jadi apabila umat Muhammad itu sudah lari daripada apa yang diajar oleh baginda, maka fitnah dan pelbagai perkara-perkara negatif lain akan timbul dan menjadi semakin sukar untuk dikawal...

Orang yang mahu memulakan MASALAH itu tidak akan susut tetapi semakin hari orang yang sanggup menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan MASALAH semakin berkurangan...

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mulai dari hari ini akan cuba sedaya upaya untuk menCEGAH segala masalah yang timbul kerana perlu kita sedar bahawa usaha menCEGAH itu sebenarnya adalah berkali ganda mudahnya daripada usaha untuk menUBATi sesuatu penyakit...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Bicara Cinta...


I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...

Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'. Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya. Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-

"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54

" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'


Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???

Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau... adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???

Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN... Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'... Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah. Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA... Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah... Wallahu'Alam...


Pertanyaan tentang Solat: Adakah solat kita diterima Allah?

Bagaimana saya ingin tahu Solat saya diterima Tuhan ataupun tidak?


Dijawab:

Sembahyang kita itu ada lahir dan ada batin. Lahirnya kita bersembahyang, sah sembahyang kita, dianggap sudah memenuhi tuntutan sembahyang. Batinnya, kita pun tahu, sejauhmana dalam sembahyang kita itu, kita sudah khusyuk. Sudah mendapat rasa-rasa dengan Tuhan.

Sudah ada rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Bila dikaji-kaji, dinilai-nilai, memang kita seperti belum bersembahyang. Atau sembahyang kita itu hanya fizikal atau lahir sahaja. Tiada batinnya. Tiada kelazatannya. Tiada hiburannya. Jauh sekali mahu rasa cemas, rasa takut, rasa bimbang dengan Tuhan dalam sembahyang. Jadi, dari situ kita boleh ukur, kita boleh agak, Tuhan takkan terima sembahyang sebegini. Sembahyang kita, sembahyang orang lalai.

Sembahyang kita sembahyang bangkai, kerana lahir sahaja kita hidup bersembahyang tapi roh kita seperti mati, tak terhubung dengan Tuhan. Sembahyang seperti itu Tuhan lemparkan kembali ke muka kita, sebab teruknya, rosaknya, buruknya dalaman sembahyang itu. Justeru, selepas sembahyang, patut sangat kita rasakan yang sembahyang kita banyak cacat-celanya. Patut sangat kita rasakan yang kita hanya membuat dosa dalam kita bersembahyang. Hati kita sepatutnya menderita atas sembahyang yang baru kita kerjakan tadi. Walhal memang hati kita mengharapkan agar sembahyang kita itu dapatlah dipandang Tuhan hendaknya.

Maka, atas kerana ini semua, mohonlah kepada Tuhan, minta ampun padaNya dengan kata-kata seperti berikut: “Ampunkan aku wahai Tuhan atas sembahyang aku sebentar tadi. Aku tak berdaya. Aku tak mampu melawan perasaanku yang menghala ke dunia. Nafsuku yang sentiasa mengalihkan hatiku daripada mengingatiMu.. Daripada terhubung denganMu.. Jahatnya aku..zalimnya aku..kepada Engkau, Tuhanku.”
Bukti seorang itu sudah benar-benar sembahyang, selepas sembahyang dia menjadi orang yang sangat bermanfaat kepada manusia. Sebab ada keterangan dalam hadis, “sebaik-baik manusia itu manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.” Manusia itu boleh menjadi sebaik manusia atas kerana sembahyangnya yang sudah terhubung dengan Tuhan. Sembahyang seperti ini menghidupkan jiwa.

Maka kesan daripada sembahyangnya, jadilah dia orang yang sangat mahu memberi khidmat, mahu menolong dan membela orang lain. Kalau lepas sembahyang, gaduh dengan orang, buat jahat dengan orang, tak ada sifat membela dan mengasihi orang, maka sembahyangnya tidak menghidupkan jiwanya. Sembahyangnya tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya. Tuhan suruh sembahyang bukan untuk Tuhan. Sebab kalau kuat sembahyang, hebat sembahyang bagaimanapun, kebesaran Tuhan tak akan bertambah. Tak juga berkurang jika dia tak sembahyang atau lemah sembahyangnya.

Kebesaran Tuhan sudah tetap sempurna, tak terkesan dengan sembahyang hambaNya. Jadi, Tuhan buat sembahyang adalah untuk keperluan hambaNya. Agar hamba itu boleh hidup jiwanya dan jadi dia orang yang sangat berkasih sayang, bertolong bantu dan bermasyarakat dengan orang lain. Kalau ini tak boleh dilakukan, sembahyangnya seperti tidak sembahyang. Dia sembahyang tapi sembahyang tak memberi apa-apa kesan kepada dirinya.
Bukti lagi seorang itu sudah benar-benar sembahyang, lepas sembahyang dia jadi orang baru, yang dia tidak akan sekali-kali membiarkan diri dia berada dalam kemurkaan Tuhan. Mengapa tidak? Sedangkan Tuhan sudah berjanji dalam Al-Quran, “sesungguhnya sembahyang itu mencegah diri kamu daripada berbuat keji dan mungkar.” Kalau dengan sembahyangnya tak dapat mencegah dia dari buat keji dan mungkar, maka dia seperti tidak bersembahyang. Dia sembahyang tapi masih minum arak. Dia sembahyang tapi masih berzina. Dia sembahyang tapi masih berjudi. Dia sembahyang tapi masih mencuri. Maka sembahyangnya hanya sekadar memenuhi tuntutan wajib sembahyang. Hakikatnya dia belum bersembahyang.

Sedangkan jika sembahyang dia dengan khusyuk, maka sembahyangnya dapat menghubungkan diri dia dengan Tuhan. Dia akan jadi manusia yang sangat cinta dan takutkan Tuhan. Justeru tidaklah dia sanggup meletakkan diri dia dalam kemurkaan Tuhan. Kerana di mana sahaja dia pergi, rasa cinta dan takut Tuhan itu membendung dia daripada melakukan keji dan mungkar yang dimurkai Tuhan.

Kelebihan Aqidah yang mantap

Allah SWT berfirman: “Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad), aagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” - Surah Ibrahim 14 : Ayat 24-25)

Di akhir Ayat 25 Surah Ibrahim, Allah SWT menegaskan tujuan perbandingan dilakukan supaya kita berfikir dan mengkaji kepentingan akidah yang kukuh.

Orang yang mempunyai asas akidah yang mantap, seumpama pokok yang rimbun dan kukuh. Iman mereka umpama akar pokok yang mencengkam bumi dengan kuat sehingga tiada ribut, taufan atau angin yang mampu mencabutnya. Pohonnya yang rendang memayungi semua orang yang berada di sekelilingnya. Ia menghasilkan buah-buahan yang manis, enak berkhasiat dan menyegarkan. Bahkan buah-buahannya turut menjadi santapan kepada keluarga, rakan, jiran tetangga dan masyarakat.

Mereka tidak mudah digoyahkan oleh persekitaran yang negatif, tidak tumbang iman kerana desakan hidup atau habuan dunia. Apabila bekerja, mereka bekerja dengan amanah. Andai menjadi majikan, mereka menjadi majikan yang prihatin dan simpati terhadap pekerja bawahan. Sekiranya berniaga, mereka tidak akan mengamalkan rasuah atau penipuan. Mereka mengeluarkan zakat perniagaan dan menyantuni golongan kurang bernasib baik.

Sebaliknya, orang yang tidak beriman atau tidak kukuh imannya ibarat pokok yang tidak berguna. Akarnya lembut hingga mudah tercabut. Dedaunnya terlalu sedikit untuk orang lain berteduh dibawahnya. Buah-buahan yang dihasilkannya juga tidak berguna kerana pahit, busuk dan tidak boleh dimakan.

Walaupun luarannya nampak hebat, tetapi dalaman mereka rosak. Apabila diberikan amanah memimpin, mereka mencabulnya demi mengejar nama dan pangkat. Jika berniaga, mereka menipu dan mengamalkan rasuah. Masyarakat sekeliling tidak mendapat manfaat daripada mereka, malah orang sekelilingnya menerima tempias bahana perbuatan jahat mereka.

Kelebihan Bersangka Baik

Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
- Q.S Al-Hujuraat : 6.

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan (berbaik sangka) kepada orang lain.

Pertama - Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik.
Perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua - Terhindar dari penyesalan dalam hubungan.

Buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar. Allah SWT berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga - Selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain.

Meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ruginya Berburuk Sangka

Melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama - Mendapat dosa.

Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya.

Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." - Q.S Al-Hujuraat : 12.

Kedua - Dusta yang besar.

Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya.

Perkara ini disabdakan oleh Rasulullah: "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"
- HR. Muttafaqun alaihi.

Ketiga - Menimbulkan sifat buruk.

Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll.

Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." - HR. Bukhari.

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.

Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka).

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

10 Kriteria Ansorullah

Pertama : Pemuda yang siap siaga untuk menyahut seruan perjuangan tanpa sebarang rasa ragu bagi menegakkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Ikrar mereka ialah ikrar seorang pejuang :

Samaada menang atau gugur sebagai syuhada’

Kedua : Pemuda yang menjunjung segala peraturan dan arahan jamaah serta berdiri teguh bersama kepimpinannya, tidak gentar mendepani cabaran malah bersedia menghadapi apa jua implikasi perjuangan , biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan diri sendiri iaitu masa , tenaga, harta , darah dan nyawa . Sebagaimana taujihat Khalid Ibnul Walid rha ketika berdepan dengan tentera musuh:

Kami datang dengan suatu golongan yang kasih kepada mati sebagaimana kamu kasih kepada hidup .

Ketiga : Pemuda yang memiliki kualiti dan tahap piawaian yang dikehendaki melalui pelbagai aktiviti yang disusun dan diatur merangkumi amal tarbawi [pengkaderan] , amal siasi [politik] serta amal kebajikan dan dakwah [penerangan] .


Keempat : Pemuda yang mewarisi kemuliaan akhlak Rasulullah saw dalam mengurus perjuangan mendepani tahaddiyat [ tentangan ] yang dihadapkan oleh musuh kepada kita . Bukan pemuda yang kasar dan ganas , bukan juga pemuda yang ekstrim dan subversif sebaliknya menjadi ....

o Pemuda yang beriman dan bertaqwa

o Pemuda yang berilmu dan berwibawa

o Pemuda yang berorientasikan syariah dan sunnah

o Pemuda yang berhemah dan berhikmah

o Pemuda yang berjiwa besar dan berlapang dada

o Pemuda yang tangkas dan berani

o Pemuda yang cerdas dan cergas

o Pemuda yang sabar dan tabah

o Pemuda yang amanah dan setia

o Pemuda yang rajin dan multazim [ komited ]

Biarpun masyarakat dan dunia modern hari ini memandang sinis penampilan pemuda yang sedemikian , justeru Nabi saw pernah bersabda:

Islam telah bermula dalam keadaan gharib [ asing ] , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bemula , maka berbahagialah orang – orang yang tetap bersama Islam walaupun dianggap asing .

Kelima : Pemuda yang memiliki aqidah perjuangan yang mantap sekalipun ia adalah seorang pemain futsal yang tegar , memiliki pemikiran Islam yang syumul sekalipun ia seorang seniman dan memiliki keperibadian muslim yang unggul sekalipun ia seorang pelumba motor.

Keenam : Pemuda yang bersedia untuk menjadi Rijaalut Taghyiir [ egent perubah ] yang menggerakkan perubahan dalam negara , masyarakat dan sistem pemerintahannya . Membebaskan negara dan masyarakat dari sistem ciptaan manusia yang korup . Negara dan masyarakat yang hanya mementingkan pembangunan material tetapi meruntuhkan spiritual . Negara dan masyarakat yang hanya mengamalkan semangat perkauman yang sempit dan membina tamaddun serta peradaban terpisah dari wahyu Allah swt.

Ketujuh : Pemuda yang aktif menyertai aktiviti amal Islami , kebajikan dan sosial . Menghubungkan jamaah dengan ummah , menjadi jambatan antara parti dengan masyarakat sekaligus menjuarai isu serta menanganinya dengan bijak dan bistari . Memimpin dan membimbing masyarakat secara hikmah berasaskan hujjah , mengambil tempat seorang pemimpin yang disebut oleh Saidina Ali karramallahuwajhah :

Tidak akan sunyi bumi ini dari seorang pemimpin yang bangun berdiri untuk menegakkan agama Allah swt dengan segala hujjahnya.

Kelapan : Pemuda yang tidak membazirkan masa dan tenaganya untuk bertelagah dan saling tuding menuding mencari salah antara satu sama lain sedang tanggungjawab perjuangan ini terlalu banyak dan berat untuk diurus. Rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah untuk membina ketumbukan pemuda yang mantap dan perkasa . Firman Allah swt :

Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan ; kalau tidak nescaya kamu binasa dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

Surah Al Anfaal : Ayat 46

Kesembilan : Pemuda yang senantiasa peka dan sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah . Berfikir dan merancang untuk memperkukuhkan jamaah agar senantiasa berkeupayaan menampung tuntutan ummah yang semakin mendesak. Janganlah hanya berpeluk tubuh dan berfikiran kosong sedang amanah pula semakin berat dan mencabar. Sekadar selesa dan teruja memegang jawatan tetapi mengabaikan tanggungjawab yang digalas merupakan satu pengkhianatan yang dimurkai Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

Kamu semua adalah pemimpin dan setiap dari kalangan kamu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah swt mengenai kepimpinannya

Kesepuluh : Pemuda yang berlapang dada , merendah diri dan berjiwa besar . Sedia memberi arahan dan diarah . Sedia memimpin dan dipimpin. Sedia menegur dan ditegur . Sedia mengkritik dan dikritik . Sedia menasihati dan dinasihati . Sedia mentarbiyyah dan ditarbiyyah . Cepat pula belajar dari kesilapan dan pantas mengambil iktibar dari kesalahan . Sedia mendengar pandangan dari siapa jua dan menelitinya lalu mengambil yang terbaik . Firman Allah swt :

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna.

Surah Az Zumar : Ayat 18

Murnikan Perjuangan Kita dengan Ruh Islam

Mari menilai niat kita

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Mengapa Tidak Mahu Berdakwah???


Definasi Dakwah Dan Islah:

Dakwah adalah bermakna 'panggilan' atau 'jemputan'; di mana ia bermaksud menjemput non-Muslim kepada Islam dan juga bermaksud mengajak Muslim memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar, namun ia lebih kerap didefinasikan sebagai menjemput orang yang masih belum mempercayai atau menerima Islam kepada penerimaan agama Islam.

Islah’ secara literalnya bermaksud 'membaikpulih' atau 'meningkatkan' . Di dalam konteks Islam, ia merujuk kepada usaha untuk membaiki atau memperbetulkan amalan umat Islam.

Perbezaan antara Dakwah dan Islah:

Dakwah di dalam bahasa Arab sebenarnya memberi maksud satu jemputan, dan jemputan ini hanyalah merujuk kepada 'orang luar'. Malah di dalam terminologi Islam, Dakwah Islamiah bermakna jemputan kepada Islam. Maka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada non-Muslim dengan tujuan menjemputnya menganut agama Islam, ia disebut sebagai Dakwah.

Ramai yang menyangka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada sesama Muslim, ia dipanggil sebagai Dakwah, dan mereka menggunakan istilah ini bagi kedua-dua jenis usaha (kepada Muslim dan non-Muslim). Sedangkan secara asasnya, apabila kita bercakap mengenai Islam sesama Muslim untuk tujuan mendekati atau mendalami Islam, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Islah.

  1. Saya tak cukup ilmu untuk lakukan Dakwah

Ini adalah salah satu daripada alasan yang paling utama diberikan untuk tidak melakukan Dakwah. Nabi (saw) bersabda:

Sampaikan (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat” (Sahih Bukhari, Vol.4, Hadis 667)

Pada waktu dahulu, keadaan adalah berbeza. Kemudahan untuk menerima maklumat (ilmu) adalah sukar. Manusia ketika itu tidak mempunyai media, malah buku-buku mengenai Islam masih belum wujud. Tetapi kini, keadaan amatlah berbeza di mana kemudahan menerima maklumat (ilmu) telah menjadi amat mudah. Buku-buku ilmiah mengenai Islam telah ditulis oleh Muslim dengan begitu banyak. Malah banyak website tentang Islam boleh ditemui. Juga banyak video/vcd mengenai Islam boleh diperolehi.

Maka, setiap Muslim pada zaman ini sekurang-kurangnya telahpun ketahui satu ayat (mengenai Islam), dan kita boleh meningkatkan keberkesanan (usaha Dakwah) dengan berusaha menguasai satu tajuk tertentu sebagai langkah permulaan (dalam berdakwah). Sebagai contohnya tajuk “Adakah Isa itu Tuhan?” atau “Nabi Muhammad (saw) di dalam Bible” atau ajaran agama-agama lain atau apa-apa tajuk lain bergantung kepada siapa orang yang hendak kita Dakwahkan. Jika kita berminat, ia bukanlah satu masalah besar. Bahan-bahan untuk tujuan Dakwah boleh diperoleh dalam website ini.

  1. Diri saya sendiri pun masih teruk, jadi bagaimana saya nak Dakwah kepada orang lain?

Ini adalah satu kenyataan yang benar-benar ikhlas. Ia menunjukkan betapa Muslim itu adalah seorang yang amat suka merendah diri.

Kepada para Muslim yang merasakan dirinya belum cukup sempurna, sedarilah bahawa usaha Dakwah akan membantu kita menjadi pengamal Islam yang lebih baik. Setiap kali kita berkongsi sesuatu maklumat dengan orang lain (yang didakwah), dalam masa yang sama kita akan cuba memastikan juga peningkatan dalam amalan kita sendiri.

Kelemahan (perangai) kita tidaklah seburuk mana pun. Golongan missionari Kristian, yang berusaha menarik Muslim dan orang-orang dalam agama lain, meminum alkohol. Adakah kita minum alkohol? Tidak! Maka siapakah yang lebih baik, adakah mereka atau kita? Mereka berjudi. Adakah kita berjudi? Tidak! Maka siapakah yang lebih baik, adakah mereka atau kita? Mereka berzina. Adakah kita berzina? Tidak! Maka siapakah yang lebih baik, adakah mereka atau kita?

Jika mereka boleh lakukan kerja "dakwah", maka mengapakah kita tidak boleh? Bersama mereka adalah kebatilan. Bersama kita pula adalah kebenaran Islam (walaupun jika kita pernah minum alkohol, berjudi dan berzina). Maka kenapa kita tidak boleh lakukan tugasan ini? Ramai non-Muslim pada hari ini ingin mengetahui tentang Islam lebih-lebih lagi sejak peristiwa 11 September, 2001. Situasi kini lebih memihak kepada Islam. Maka jangan lepaskan peluang keemasan yang kita ada ini.

Nota: Apabila Penulis menyebut mengenai missionari, Penulis bukanlah bermaksud semua di kalangan mereka melakukan perkara-perkara buruk yang disebut tadi. Sebaliknya penekanan adalah diberikan bahawa secara umumnya, Muslim adalah lebih bermoral berbanding kalangan missionari, terutama missionari di negara Barat.

  1. Kita perlu perbetulkan umat Islam terlebih dahulu, kemudian barulah lakukan Dakwah kepada non-Muslim

Ini adalah salah satu alasan paling utama yang diberikan oleh Muslim yang tinggal di negara umat Islam (seperti Malaysia). Usaha membantu Muslim menjadi lebih baik disebut sebagai Islah. Sememangnya usaha ini adalah penting jika Muslim itu tidak berada di landasan yang betul. Kita tidak ada kuasa untuk mengubah mereka ini. Penulis ada mengenali beberapa "Muslim” yang tidak akan mengamalkan Islam biarpun selepas pelbagai hujah dan bukti dibawa kepada mereka. Maka adakah ini bermakna Penulis perlu terus berurusan dengan mereka (hingga semua Muslim menjadi sempurna) tanpa bergerak kepada usaha yang berikutnya (i.e. Dakwah)? Ingatlah bahawa tugas kita hanyalah menyampaikan kepada yang lain. Quran menyebut:

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, - Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.“ (Quran 88:21-24)

Dakwah dan Islah adalah sama penting. Di Madinah, semasa zaman Nabi (saw), telahpun wujud golongan Muslim yang tidak mahu berjemaah dalam Solat fardhu sehinggakan Nabi pernah bersabda “Aku rasa seperti mahu sahaja bakar rumah-rumah mereka ini”

Lihatlah, di Madinah sendiri masih terdapat ramai Muslim yang tidak mengamalkan Islam secara sempurna. Tetapi Nabi (saw) tidak pula menumpukan usaha baginda hanya kepada kelompok Muslim yang bermasalah ini sahaja. Sebaliknya dalam masa yang sama baginda telah menulis surat-surat kepada raja-raja yang bukan beragama Islam, dan menyeru mereka supaya memeluk agama Islam ini.

Lagipun, jika kita mengatakan bahawa kita mesti memastikan seluruh Muslim menjadi baik dahulu dan kemudian baru boleh mengajak non-Muslim kepada Islam, maka urusan Dakwah ini tidak akan dilaksanakan langsung. Ia (semua Muslim menjadi sempurna) tidak mungkin akan tercapai sepanjang hidup kita, malah ia belum tentu akan berlaku biarpun setelah sepuluh generasi bersilih ganti.

Ini bukanlah pula bermakna Penulis mengatakan bahawa kita hanya perlu melakukan Dakwah semata-mata. Kedua-duanya (Dakwah dan Islah) adalah penting. Tetapi seandainya kita mempunyai masa yang terhad, maka Dakwah adalah LEBIH penting kerana semua golongan non-Muslim adalah terlibat di dalam dosa syirik i.e mempersekutukan Allah. Inilah dosa yang paling besar. Quran menyebut:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya; dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Quran 4:48)

Kita semua adalah sudah sedia maklum bahawa orang-orang yang terlibat dengan dosa tersebut bakal menghuni neraka. Jadi jika kita tidak mahu berusaha menghentikannya (dosa syirik), sudah pastilah mereka semua tidak dapat diselamatkan. Maka kerja melakukan Dakwah adalah wajib kepada setiapMuslim dan ia adalah tanggungjawab yang amat penting.

  1. Dakwah saya tidak akan berkesan.

Seperti yang telah dinyatakan, tugas kita bukanlah untuk menukarkan agama seseorang. Tugas kita hanyalah menyampaikan peringatan Allah. Hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. Quran ada menyatakan:

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka.” (Quran 88:21-22)

Pada hari pembalasan Allah tidak akan bertanya sama ada kita berjaya mengislamkan mereka atau tidak. Sebaliknya Allah akan menyoal kita sama ada kita telah menyampaikan peringatan atau tidak.

  1. Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”

Sememangnya Quran ada menyebut ayat tersebut. Tetapi kita tidak sepatutnya hanya mengambil sebahagian ayat sahaja. Ayat penuhnya berbunyi:

“Tidak ada paksaan dalam agama: Kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Quran 2:256)

Tugas kita adalah menyampaikan pesanan dengan pendekatan yang paling baik dan berhikmah. (Quran 16:125). Bukanlah tugas kita menukarkan agama seseorang. Seseorang Muslim TIDAK BOLEH memaksa sesiapapun memeluk agama Islam. Kita bertugas sebagai penyampai Kebenaran Islam. Selebihnya terpulang kepada mereka sama ada hendak terima atau sebaliknya.

  1. Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”

Sekali lagi, ayat diambil di luar konteks. Cuba lihat ayat di dalam konteks:

1. Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir!

2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

3. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

4. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat,

5. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (Quran 109:1-6)

Persoalan mengenai penolakan kebenaran hanya akan timbul apabila kita telah menyatakan kebenaran Islam kepada mereka. Tugas kita adalah menyampaikan mesej kepada mereka. Jika mereka tidak mahu menerima, maka sebagai cara terakhir, barulah kita menyatakan “ bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Jadi, ini adalah cara terakhir, BUKAN cara pertama.

  1. Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan islam menyatakan “ jaga urusan kamu sendiri”

Ini adalah alasan biasa yang diberikan oleh muslim. Jawapannya ialah menjadi urusan setiap muslim untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran. Dakwah adalah menjadi tugas yang wajib bagi setiap muslim. Oleh itu, apabila ada yang berkata “ jaga urusan kamu sendiri” dia adalah betul, itu adalah apa yang anda sedang lakukan. Anda sedang menjaga urusan anda sendiri.

  1. Orang akan sakit hati jika saya berdakwah. Ianya akan memberi kesan kepada hubungan persahabatan. Saya tidak mahu menyakiti sesiapa.

Persoalan yang timbul, adakah ianya menyakitkan anda apabila anda lihat kawan anda atau sesiapa melakukan kekufuran? Adakah anda sedar bahawa mereka akan ke neraka?

Tidakkah menyakitkan apabila mereka berkata Tuhan mempunyai anak? Firman Allah:

88 Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak. (Quran 19:88-92)

Tidakkah ianya menyakitkan anda apabila mereka memberikan perjanjian yang salah dengan Allah. Quran menyatakan bahawa jika gunung-ganang mempunyai perasaan yang sama seperti anda dan saya, nescaya gunung-ganang akan runtuh ranap, bumi pula nyaris terbelah dan langit nyaris-nyaris pecah. Tapi, apa yang terjadi pada diri anda? Apa yang perlu anda lakukan adalah buka mulut.

Tambahan lagi, adalah menjadi salah tanggapan apabila anda berfikir melakukan dakwah akan memutuskan hubungan persahabatan. Apa yang penting, bagaimana pendekatan anda. Jika anda mulakan dengan persenda agama mereka, itu boleh menyebabkan perselisihan, tapi jika anda mulakan dengan pendekatan lemah lembut, insyaAllah anda tidak akan menyakiti hati sesiapa dan hubungan anda dengan Allah lebih penting daripada hubungan anda dengan kawan bukan islam. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan salah tanggapan mereka terhadap islam dan menerangkan gambaran yang sebenar tentang islam.

Sebagai kesimpulan, ianya bergantung seteguh mana iman anda.

  1. Ianya akan menimbulkan provokasi di kalangan bukan islam.

Provokasi berkemungkinan terjadi jika seseorang itu membenci islam. Adakah ini alasan anda untuk berhenti menyampaikan peringatan dari Allah?

Provokasi bukanlah ujian. Jika ini adalah ujian, pastilah Nabi Muhammad (s.a.w) telah gagal (naudzubillah) . Pemimpin orang jahiliyah yang pernah menyayangi Baginda sebelum islam, telah menjadi musuh utamanya setelah islam. Adakah itu membuatkan nabi berhenti dari apa yang telah Allah perintahkan kepadanya?

Jadi, provokasi akan dicipta di kalangan orang bukan islam yang benci pada islam. Itu bukanlah bermakna mengganggu, sebaliknya anda perlu kekalkan usaha dan lakukan apa yang Allah perintahkan.

  1. Jika setiap muslim menjadi pendakwah, jadi siapa yang akan menjadi doctor, peguam, jurutera dsb?

Melakukan dakwah adalah tugas wajib setiap muslim. Dalam Quran menyatakan:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Quran 3:104)

Tidak semua muslim perlu menjadi pendakwah sepenuh masa, tapi setiap muslim boleh melakukan dakwah separuh masa seperti dengan rakan sekerja yang anda temui setiap hari di pejabat, sekolah dan universiti. Semasa melancong, jika anda bertemu dengan orang bukan islam atau anda boleh melakukan islah dengan muslim yang anda jumpa yang mana tidak mengamalkan ajaran islam. Anda boleh melakukannya dengan media seperti computer, internet dsb. Anda boleh lakukannya melalui pelbagai cara.

Quran menyebut:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik:” (Quran 16:125)

Amin!

Original source is in English here http://www.answerin g-christianity. com/yahya_ ahmed/top_ 10_excuses_ no_dawah. htm

KAIFIAT SOLAT ISTIKHARAH

Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.


Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”
Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.