Tudung di luar dan didalam...


Assalamualaikum....


Sahabat-sahabat semua..selama ini kita tidak sedar..kita sebenarnya agen bagi islam.Kita sebenarnya pendakwah islam..Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain..tapi hanya melalui pakaian sahaja kita adalah seorang Dai'e...Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari semasa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej islam yang dibawa...jangan lihat pada orang lain..islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik..tak payah pakai tudung..Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama..perbaikilah kesilapan diri kita dari masa ke semasa...


inilah yang dikatakan tudung diluar...tudung didalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati..walau apapun, kewajipan bertudung tidak akan terlepas dari tanggungjawab seorang wanita muslim...samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah..


Amat tidak wajar jika kita mengatakan si minah itu walaupun bertudung namun tetap berbuat kemungkaran,,berbuat kemungkaran adalah satu dosa..tak menutup aurat pun adalah satu dosa lain..kalau sudah mula menutup aurat..elak-elakkanlah diri tu dari suka bertengkar..hiasi diri dengan sifat suka bertolak ansur..sentiasa bermanis muka..elakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan..jangan berjalan kehulu kehilir dengan teman lelaki...


Serahkan pada Allah tentang jodoh..memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing..yakinlah dengan ketentuan qada' dan qadar dari Allah..apabila sudah menutup aurat, cuba tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja..cuba didik diri menjadi seorang yang lemah lembut. buang sifat kasar dan suka bercakap dengan suara yang meninggi. buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata-ngata hal orang lain..jaga tata tertib sebagai seorang muslimah..jaga diri dan maruah sebagai seorang wanita islam..


barulah nampak islam itu indah dan cantik...kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiaisi peribadi wanita muslimah..barulah orang lain akan terpikat untuk mengamalkan islam..Dengan ini..orang bukan islam akan mula hormat dan mengakui.."islam is really beautiful.." semuanya bila individu islam itu sudah cantik peribadinya..Oleh itu wahai muslimat sekalian..anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian...


"keimanan seseorang itu bukan terletak pada apa yang dipakainya..tetapi apa yang dipakainya boleh membentuk iman seseorang....jagalah hati..hiasi peribadi sahabat-sahabat sekalian..ingatlah islam sama sekali tidak memerlukan kita..tetapi kita yang memerlukannya.."
wassalam...

0 comments:

Catat Ulasan