Apa Erti Saya Menganut Islam?

Apa Erti Saya Menjadi Muslim karangan al-Marhum Sheikh Fathi Yakan.
Tahun demi tahun kitab ini menjadi bahan perbincangan dalam usrah-usrah, katibah, daurah dan sebagainya, namun apakah impak terhadap para pendakwah dan apakah nilai kefahaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan ini, kalau buku itu sekadar perbincangan untuk mengisi masa kosong dari minda kosong, satu penilaian semula perlu dilakukan.
Ramai antara kita yang tahu baca al-Quran tapi tidak tahu ertinya. Sebilangannya tahu erti tapi tidak tahu bertadabbur, memahami isi tersurat dan tersirat.
Antara tuntutan yang besar dalam dakwah masa kini adalah untuk memalingkan semula umat Islam terhadap dimensi beragama yang sebenar kerana ramainya umat yang sekadar memahami Islam sepertimana orang buta yang mengenali gajah bahkan lebih teruk lagi.
Penulis malah keliru dengan orang Islam yang mengaku muslim tetapi tingkahlakunya bertentangan dengan tuntutan syari-‘at Islam. Alhamdulillah, Allah Taala memberi petunjuk kepada kita untuk memahami Islam yang sebenarnya, lalu mengamalkannya dengan hati yang tenang dan tenteram.
Suatu hari kita mendapat jawapan bahawa jika kita cintakan Allah Taala, maka kita mesti buktikan dengan mengikuti cara hidup Rasulullah s.a.w.
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ali-Imram (3:31)
Ayat ini saling membuktikan rasa ingin mengamalkan Islam sebagaimana yang disuri-tauladankan oleh Rasulullah s.a.w untuk membutikan cinta kita kepada Yang Menciptakan diri kita. Moralnya ada pada sebuah pengertian pada istilah nama Tadabbur.
Menjadikan kita sangat menghayati erti percaya kepada hari akhirat. Setelah kita mempunyai kesedaran bahawa tiap-tiap perbuatan kita akan diulangsiar dan dipertanggungjawabkan nanti. Maka wujudlah rasa takut kepada Allah Taala untuk melakukan larangannya, malah timbul pula kemahuan untuk membuat segala suruhannnya. Setelah itu timbul rasa mengharapkan rasa kasih sayang daripada Allah Taala agar dengan menurut segala perintah-Nya, Dia akan menurunkan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-Nya yang hina ini, akhirnya mendapat keampunan di sisi-Nya.
Itulah erti sebenar kita menganut agama suci-Nya.
BERMIMPI DI SIANG HARI
Hari ini mereka yang benar-benar meyakini bahawa umat Islam akan kembali menguasai dunia mungkin sama pelik dan sama gila dengan bangsa Anglo-Saxon kurun ke-10 yang membayangkan negara kecil mereka akan bangun menguasai lautan dunia dan memerintah empayar imperialistik terbesar dalam sejarah.
Pada waktu itu cita-cita sebesar itu hanya layak diimpikan dan dibicarakan oleh bangsa-bangsa umat Islam, yang memiliki segala ketinggian tamadun dan ilmu pengetahuan, dan kehebatan kepimpinan dan keperibadian yang menggoncang dunia. Masih adakah bangsa umat Islam seperti itu sekarang?
Sehingga kurun ke-17, pada waktu kemuncak kekuasaan Empayar Othmaniah, antara kata-kata yang mahsyur pada waktu itu berbunyi:
Even their dreams cannot reach what our (muslims) power can
Siapa sangka, masyarakat medieval yang sekian lama ditekan dan diperbodohkan oleh gereja yang kolot akan bangun menjadi kuasa besar yang merubah dunia.
Untuk mereka yang ingin percaya, mereka tidaklah akan kehilangan apa-apa. Untuk mereka yang ragu-ragu, tidakkah pelik jika mereka bertanya pada yang percaya tentang keraguan mereka itu, sedangkan mereka tidak mempercayai apa yang dibicarakan oleh mereka yang percaya itu?
Saidina Ali ra, ketika menjawab soalan seorang bangsa Yahudi atheist tentang Tuhan, menjawab:
Jikalau Tuhan itu tiada, aku dan kamu tidak akan apa-apa, tetapi jikalau Tuhan itu ada, aku akan sejahtera, dan kamu akan celaka
Untuk mereka yang percaya, jangan berhenti bermimpi, cuma bangunlah dari tidur dan bekerjalah untuk menggapainya.
KHILAFAH ISLAMIAH HAKIKI
Khilafah itu adalah suatu Institusi kepimpinan yang akan mengurusi masyarakat Islam dengan Syari-‘at Allah Dan Rasul. Mereka akan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia sebagaimana daulah Islam terdahulu. Yang akan menjadi payung untuk umat Islam merasai teduhnya kehidupan Islam sebenar, para penguasa akan mengurusi keperluan umat dan masyarakat mempunyai perasaan, pemikiran dan sistem yang satu.
Tanpa Kekhilafahan, umat Islam melemah dan mulai hilang pedoman bak buih di lautan. Seorang bayi lahir dalam kejahilan dan orang tua renta mati pun dalam kejahilan. Serba-serbi kita jauh dari memahami tsaqafah Islam dan mengetahui pemikiran-pemikiran Islam.
Mulakanlah dengan didikan Islam sebenar.
Penulis memandang persoalan nafsu, akal dan hati hanyalah pertama. Namun soal akidah yang utama, dan benar-benar akan menjawab ketiga-tiga persoalan ini.
Islam telah menyimpulkan dalam akidah bahawa Iman itu adalah keyakinan dalam hati yang terpancar dalam seluruh aspek perbuatan. Apabila perbuatan dan cara berbuat sesuatu tidak diketahui, besar kemungkinan akan lesap daripada jalan syari-‘at Allah Taala. Bagaimana mungkin untuk mengetahui jalan syari-‘at Allah itu jika tidak mengetahui tsaqafah dan pemikiran Islam.
Kerana manusia berhubung sebelum kehidupan dan sesudah kehidupan.
Didiklah dengan akidah Islam.
Terangilah dengan Tsaqafah Islam.
Benturlah segala pemikiran bukan Islami dengan pemikiran Islami.
Semarakkanlah tujuan dakwah untuk Ketegakkan Khilafah kerana ia akan menjawab segala permasalahan individu, masyarakat di dunia dan akhirat
Lupakah kita bahawa membentuk Khalifah itu tidak memerlukan popilarisasi. Rasulullah s.a.w dengan sekelompok kecil sahabat tegar berhijrah dan dapat membentuk daulah Islam. Dengan dukungan Kaum anshar baginda berjaya membina Khilafah.
Kekhilafahan bukan sesuatu yang jauh, dan bukan suatu yang fantasi dan sensasi. Ia adalah janji Allah Taala. Tidak memerlukan popularisasi, hanya perlukan umat yang memahami Islam.
Dalam Daulah Islam, Khalifah dan badan pemerintah hanya menerapkan hokum-hukum syari-‘at yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith dalam mengurusi kepentingan rakyatnya. Tidak perlu merekacipta seperti peranan Parlimen hari ini, sebab itulah umat mesti diajar bagaimana sistem Islam, pemerintahan Islam, Daulah Islam, sistem pergaulan, landasan berfikir Islam dan sebagainya mengikut perspektif Islam.
Pada penulis, politik atau siasah itu adalah kepimpinan, sebagaimana kata nama khalifah itu adalah tentang kepimpinan. Dan manusia diberikan akal tidak lain untuk dijadikan khalifah memimpin kehidupan ke arah kesempurnaan. Satu subset kepimpinan adalah sudah pasti menyampaikan atau dakwah. Ia tidak boleh dipisah.
Memimpin rumahtangga contohnya, melibatkan dakwah sepenuh masa, sebenarnya, agar yang dipimpin selamat. Cantik sugguh saranan tidak melatah dengan kehadiran berita sama ada dari pihak kerajaan atau di pihak pembangkang.
Maka isi dan kulit perlu diterapkan. Kulit yang datang bersama isi selalunya berfungsi sebagai bungkusan luaran sebagai pelindung. Kita perlukan isi tetapi jangan lupa jasa kulit menyaluti isi. Hal yang baik dari isi dijadikan tauladan dan sebaliknya dijadikan sempadan. Maka pertimbangan ilmu diperlukan ketika itu.
Penulis pasti kalau nada dan irama ini yang kita teruskan dan sama-ratakan, sudah pasti kita akan mencapai ke satu persimpangan yang sama. Walaupun berbaik sangka adalah digalakkan pada mulanya, sama ada lawan atau kawan, akhirnya sangka perlu ditukar dengan ilmu dan pengetahuan, kerana sangka itu asasnya adalah bukan ilmu, ia lebih kepada elemen perasaan, sedangkan ilmu sudah pasti tidak berkembang berdasarkan perasaan.
Ilmu memerlukan elemen akal, alat paling canggih diberikan Allah Taala untuk manusia menjadi khalifah yang berjaya di dunia.
Inilah erti penulis dan kita semua menganut agama Islam.
ameen

0 comments:

Catat Ulasan