Menjadi Pejuang DI Jalan Allah


"Mujahidin atau pejuang-pejuang islam yang berjuang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi diceruk bumi ini dengan satu mesej,iaitu menegakkan kebenaran islam dan menghancurkan kebatilan." (Imam Ghazali )

Mujahidin adalah orang yang berjihad dijalan Allah dengan harta, jiwa dan dirinya demi tertegaknya kebenaran iaitu hukum islam di muka bumi ini.

"Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredoan Allah.Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya." ( Al-Baqarah 207)
Orang yang gugur di dalam melakukan jihad disebut sebagai "syuhada", ertinya orang yang mati syahid iaitu kemuncak kematian yang tertinggi didalam islam atau menurut Professor Yusuf al-Qadrawi, " Kematian yang paling indah" yang bermaksud tiada kematian seindah syahid.


JIHAD

Perkataan "Jihad" yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Holy War (Perang Suci) semata-mata yang seringkali difahami oleh barat terhadap islam lalu mereka menafsirkan secara ganas terhadap islam dengan menuduh islam sebagai ganas dan umat islam sebagai penganas. Islam adalah agama Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam termasuk hukumnya yang dianggap keras tetapi yang mengandungi cara dan hikmah yang membawa rahmat.


Perkataan "Jihad" adalah daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran dan bahasa Nabi Muhammad s.a.w. Asal maknanya dari segi bahasa ialah Masyaqqah yakni kesukaran. Menurut istilah syarak ialah,mengarahkan segala usaha dan tenaga bagi menghadapi orang yang menentang agama Allah (kuffar). dan dimasukkan juga penentangan hawa nafsu, syaitan juga kaum yang fasik.

Menghadapi penentang agama Allah itu dengan jiwa raga, harta,fikiran lidah dan hati. menentang hawa nafsu itu ialah bersungguh-sungguh menuntut ilmu agama, beramal dengannya dan mengajarnya kepada orang lain. Menentang syaitan ialah dengan menolak perkara-perkara syubahat dan kecenderungan hawa nafsu kepada kemungkaran kerana dihiasi oleh syaitan. Menentang fasik ialah dengan tangan, lidah dan hati.

Jihad juga berlaku dalam diri sendiri untuk menentang hawa nafsu, kejahilan dan segala sifat yang buruk untuk membentuk diri dengan iman dan islam.

Jihad juga berlaku didalam diri sendiri untuk menentang hawa nafsu, kejahilan dan segala sifat yang buruk untuk membentuk diri dengan iman dan islam.

Jihad juga berlaku di dalam keluarga, Rasullulah s.a.w. tidak mengizinkan seorang sahabat yang mahu mengikutnya berperang kerana ibubapanya memerlukan jagaanya,apabila Rasullulah s.a.w bersabda kepadanya yang bermaksud:

"Kepada kedua orang tuamu hendaklah kamu berjihad."

*dipetik dari buku 30 wasiat Imam Ghazali

0 comments:

Catat Ulasan