Perangi Hawa Nafsu

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa. "Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan," 19:59. Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain. Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ” Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.

Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]
Semoga latihan memerangi nafsu pada bulan Ramadhan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya. InsyaAllah

Dipetik dari laman web iluvislam.

Tertawa di dunia menangis di akhirat...

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda “Banyak ketawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati…”

Kenapa kita dilarang ketawa berdekah-dekah? Sebabnya..dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita akan lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.dalam erti kata lainnya disebut sebagai “lagho”.. kita sendiri dah sedia maklum..betapa dahsyatnya alam tersebut sehingga tidak dapat digambarkan dalam sebarang bentuk media dan pancaindera sekalipun...

Sahabat-sahabat semua...kita sekarang ni sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup ke tak untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal pun turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Sedangkan Saidina Ali pun sentiasa mengeluh “....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....” Cuba kita renungkan sekejap...Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun beliau merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam…isk..isk..isk…muhasabah balik diri kita..ok..

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu....kalau dah nak rasa geli hati tu..memanglah nak gelak...Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Wassalam...
USAH PUTUS ASA


Ketahuilah olehmu sahabatku…
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha…
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya…
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu
begitu sahaja…
Allah SWT sedang menunggu bersamamu…
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menghubungimu…
Allah SWT selalu berada disampingmu…
Ketika kau fikir kau telah cuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat
keputusan…
Allah SWT punya jawapannya…
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dank au mula merasa tertekan…
Allah SWT dapat menenangkanmu…
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah SWT sedang berbisik kepadamu…
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan
kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu…
Ketika sesuatu yang indah terjadi dank au dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu…
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…
Maka ingatlah… Walau dimanapun atau ke manapun kau menghadap…
Allah SWT tahu!!!!!


from: iluvislam.com

Dalil Tuntutan Berdakwah secara Berjemaah


وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

{Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.}

(Aali - Imran : 146 )

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ

{ Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu pembantu-pembantu agama Allah, sepertimana yang diucapkan oleh Isa putera Maryam kepad pengikut-pengikutnya yang setia, siapakah pembantu-pembantu ku pada jalan Allah ?. Lalu berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia : Kamilah pembantu agama Allah.. }

(as-Saff 14)

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي

{ Katakanlah : inilah jalanku yang lurus, aku bersama pengikut ku menyeru ke jalan Allah dengan keterangan yang nyata…}

(Yusuf 108)

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُون َ

{ Dan hendaklah ada di kalangan kamu suatu ummah (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan. Dan memerintahkan kepada ma’aruf serta mencegah dari kemungkaran. Dan merka itulah orang-orang yang beruntung}

(ali Imran 104)

Tiba-tiba terjaga dari tidur...

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba...Setelah mata terbuka, persekitaran diamati seketika. 'Belum subuh lagi ni", hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit untuk mengonfemkan pukul berapa time tu.."Oh, baru kul 3 pagi..."

Dalam situasi diatas, apa yg kita akan lakukan??? Di sini kita diberi beberapa pilihan..Tanya iman and buatlah pilihan terbaik..!!!

Pilihan 1

Kebanyakan kita akan menarik selimut semula and sambung tido tuk menyambung episod ke-2 mimpi yang tergantung seketika tadi..Pastu..hati pon turut mengomel, "apsal la aku bangun awal sangat.."Terzahir satu kekelasalan..Kesal sebab bangun awal?? Astaghfirullah..

Pilihan 2

"OH..baru kul 3 pagi...waktu cam ni doa makbul..Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa ibu bapaku..Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." and pastu, sambung tido balik.."ibadah senyap"

pilihan 3

Sebaik menyedari dah kul 3 pagi, segera bangun tuk solat Tahajjud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia and berdoalah saat doa didengari oleh Allah...

Terjaga waktu awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan dari Allah, siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga time tu, sebenarnya Allah sedang menunggu tuk makbulkan doa kita pada malam tu. So...mulalah dari langkah ke-2, berdoa sebaik terjaga. Berdoalah juga supaya Allah bangkitkan kita pada malam-malam seterusnya sebelum menyambung kembali tidur yang tergendala tadi..itulah cara tuk ucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tido, bukannya mengomel dengan penuh rasa kekesalan...and alangkah baiknya..jika tahajjud dapat dikerjakan...


Wassalam

Jongkang-jongkit study dan........

Pernahkan anda bermain perasaan tarik tali dengan Allah SWT ? Gelora jiwa para 'amilin (penggerak) islam yg bergelar MAHASISWA. Perasaan bebelah bahagi antara study dan ibadah. Sebagai contoh, sewaktu melakukan gerak kerja Islam, tiba-tiba terdetik dihati, study banyak lagi yang tak tercover, terdetik dihati assigment banyak lagi tak siap ! Itulah maksudnya, tarik tali dengan Allah. Ada lagi keraguan dlm hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah. Ingatlah bahawa


"Sesiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu"

Dikupas dari buku Detik-detik Hidupku karangan As-Syahid Iman Hassan al-Banna, Beliau merupakan seorang yang terbaik! Terbaik! Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Islam, disudut lain beliau tidak mengejar dunia, tidak bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya mahu memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Beliau pernah bertanya kpd Allah,

"ya Allah, kenapa Engkau mentakdirkan prestasi yang terbaik buat temanku? Apakah temanku itu mempunyai alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai impian yang besar untuk-Mu, maka aku mohon aku terus berjaya"

Ada satu kisah yang mana ada seorang sahabat ini yang dijamin masuk syurga apabila ditanya tentang prinsip hidupnya, dia menjawab:
Aku tidak suka membandingkan-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untuk diriku ketika senang dan susah. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apa pun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Rabb yang maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tidak punyai harta sedikit pun.

Begitulah hebatnya kebergantungan seorang mujahid Islam yang akhir hidupnya mati sebagai as-syuhada, kata Saidina Umar.

TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRIMU, NECSAYA ISLAM TERTEGAK DI BUMI

Akhir kata, Jangan lah putus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya ketentuan Illahi adalah yang terbaik buatmu....








Motivasi Untuk Mereka Bergelar Wanita

Wanita Islam pertama diiktiraf sebagai ahli FRCS,tetap utamakan suami, keluarga

PROF Dr Muhaya Muhammad, 50, adalah nama yang tidak asing dalam dunia perubatan di negara ini. Beliau adalah pakar oftalmologi dan seorang daripada dua profesor dalam bidang itu yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kepakaran dan kebolehannya menyaksikan beliau menjelajah dari satu benua ke satu benua. Kelebihannya itu juga menyebabkan UKM 'tidak rela' melepaskannya, sebaliknya hanya membenarkan dipinjamkan kepada Pusat Perubatan Prince Court (PPPC) Kuala Lumpur.

Walaupun banyak menghabiskan masa di PPPC untuk bertemu pesakit termasuk beberapa orang kenamaan, Dr Muhaya tetap meluangkan masa memberi kuliah kepada pelajar perubatan UKM.

Padanya, seorang pelajar perubatan mewakili 20,000 warga Malaysia. Jika seorang pelajar gagal dalam pengajian, 20,000 warga Malaysia akan mengalami kerugian.

"Ada pelajar yang tidak tahan tekanan, ada yang berkahwin dalam pengajian dan tidak cukup duit. Saya tidak mahu mereka terkandas kerana masalah itu. Saya cuba beri motivasi untuk mereka berjaya. Kalau yang tidak ada duit nak beli susu anak pun saya cuba beri kerana duit boleh dicari tapi kehilangan satu doktor, kasihan pada pelajar terbabit dan orang ramai," katanya.

Dr Muhaya yang juga Presiden Persatuan Oftalmologi Malaysia, berkata beliau memahami kesukaran dan kepayahan hidup pelajar perubatan yang berkahwin ketika dalam pengajian.


Kahwin Awal Tidak Jejas Prestasi

Ini, katanya kerana beliau pernah mengalami cabaran itu apabila bertemu jodoh dengan suaminya, Dr Azmi Jamion, 52, ketika masih belajar di tahun dua Ijazah Pertama Perubatan UKM.


Katanya, hidup jauh daripada keluarga, kerap bertemu dan mahu fokus dalam pengajian menyebabkan mereka mengambil keputusan bernikah.

Bagaimanapun, katanya, majlis persandingan hanya dibuat selepas tamat pengajian sekitar 1983.

Sejak itu, Dr Muhaya tidak menoleh ke belakang. Walaupun sudah bergelar isteri, Dr Muhaya terus mengejar cita-citanya menuntut ilmu dan muncul sebagai penerima pertama Anugerah Tun Seri Rahah ketika di kampus dan pernah muncul sebagai pelajar terbaik oftalmologi ketika dalam pengajian.

Pada peringkat antarabangsa, Dr Muhaya menjadi wanita Islam pertama mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh, manakala pada 2005, Akademi Oftalmologi Asia Pasifik menganugerahkannya Hadiah Perkhidmatan Unggul Istimewa (Special Distinguished Service Award).


Kepakaran

Antara kepakaran Dr Muhaya termasuk menangani masalah 'uveitis' radang mata yang selalunya menyerang mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Ia terjadi pada uvea (lapisan mata yang terdiri daripada tiga bahagia, iris, 'choroid' (tisu lapisan tengah yang membentuk bola mata dan 'ciliary body' (penghubung iris dan choroid).

Uveitis boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Ia jarang terjadi tetapi jika berlaku pesakit boleh menjadi buta. Sebelum dipelopori Dr Muhaya, tiada kepakaran untuk menangani uveitis yang menyebabkan pesakit tiada pilihan melainkan hilang penglihatan.

Bagaimanapun, sebaik pulang selepas melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah di London, beliau berjaya menangani masalah itu.

Kepakarannya itu memerlukan beliau menghadiri persidangan, melakukan pembentangan kertas kerja dan pelbagai kerja penyelidikan di lebih 57 negara. Yang pasti, ke mana saja beliau pergi, suaminya tetap berada di sisi.

"Pada saya sejauh mana pun wanita Islam itu pergi, setinggi manapun pendidikannya, suami dan keluarga tetap menjadi keutamaan. Jadi, wanita mesti bijak menseimbangkan antara keluarga dan kerjaya," katanya.

Justeru, tidak hairan, ketika di tingkatan dua waktu gurunya bertanya cita-citanya, Dr Muhaya menjawab dengan penuh yakin, iaitu mahu berkahwin awal dan menjadi seorang doktor. Walaupun jawapan itu disambut gelak ketawa daripada rakan sedarjah, Dr Muhaya sedikit pun tidak terkilan.


Utamakan Keluarga Walau Berkerjaya


Sebagai wanita dan isteri katanya, walau sesibuk mana beliau akan mencuri masa untuk menyediakan hidangan istimewa untuk suami dan anak-anak.

Oleh itu, tidak hairanlah selain meluangkan masa membaca buku perubatan, Dr Muhaya turut memiliki koleksi buku masakan. Antara buku masakan yang menjadi koleksi peribadinya termasuk tulisan Jamie Oliver dan Isteri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Azizah Maimunah.

"Selain memasak, saya juga mempunyai kegemaran lain. Saya suka bercakap. Mungkin kerana itu saya mudah menyampaikan kuliah kepada pelajar dan pada masa ini saya kerap diundang memberi motivasi kepada pelajar perubatan UKM," katanya.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, Dr Muhaya yang berasal dari Kuala Terengganu, berkata rumahnya di tepi laut dan menghadap hospital, tetapi ketika Dr Muhaya dilahirkan, bukan tilam yang menjadi pengalas, sebaliknya tikar mengkuang kerana ibunya takut bersalin di hospital.

"Ketika ibu mengandungkan saya, ibu selalu melihat ramai doktor keluar masuk ke hospital itu. Pada ibu, kerjaya doktor ini sangat mulia dan ingin sangat anaknya menjadi doktor.

"Alhamdulillah, Allah mendengar permintaan hamba-Nya," katanya yang juga anak seorang pegawai tentera yang mementingkan disiplin.

Langkah Dr Muhaya dalam dunia perubatan juga diiring doa seluruh keluarga apatah lagi bapa saudaranya yang ketika itu bertugas sebagai pembantu perubatan.

"Kata pak cik saya, jadilah doktor kerana kerjaya itu mulia di dunia dan akhirat. Saya percaya jika kita tolong orang, kita sampaikan hajat orang, Allah juga akan tolong kita. Sentiasa berfikiran positif. Paling mudah, kita sebagai ibu, selalu berdoa dan berharap yang terbaik untuk anak. Jangan terlalu fikir yang buruk kerana kalau kerap fikir buruk, mungkin itu nanti yang akan terjadi," katanya.



Info: Prof Dr Muhaya Muhamad

# Dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu

# Anak sulung daripada dua beradik

# Berkahwin, suami Dr Azmi Jamion dan dikurniakan dua anak

# Pakar Perunding Kanan Bedah Mata Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

# Kelulusan Ijazah Pertama Perubatan (Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Perubatan Optomologi (UKM), Sarjana Perubatan (Singapura), Fellowship Royal College of Surgeon FRCS (Edinburgh), Fellowship in Uveitis (Hospital Mata Moorfields UK) dan PhD Okular Immunologi (London).

disinikumencarisinar: Ana postkan article ini adalah sebagai penguat semangat kepada mereka yang bergelar wanita...ana pernah menyertai slot motivasi yang dianjurkan oleh Prof.Dr. Muhaya..masyaAllah terfikir alangkah bagusnya jika semua wanita diluar sana menjadi seperti prof. Beliau banyak kaitkan kejayaan beliau dengan agama dan kebanyakkan teori-teori yang dikeluarkan mempunyai dalil melalui Al-Quran. Moga-moga pembaca sekalian dapat membuat kaji selidik tentang diri beliau sebagai motivasi untuk semua..insyaAllah

Janji Allah


Gempa bumi di Padang Sumatera terjadi pada jam 17:16 dan 17:58.
Di Jambi pada jam 08:52 hari berikutnya.

Di dalam Alquran surah 17:16 (Al-Isra') maksudnya,
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yg hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)."

Di dalam surah 17:58 (Al-Isra') maksudnya,
"Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami binasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan seksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)."

Di dalam surah 08:52 (Al-Anfal) maksudnya,
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Mahakuat lagi sangat keras seksa-Nya."

Lihatlah sendiri bagaimana Allah mengotakan janji-Nya kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah. Di antaranya mereka yang mengakui Islam tetapi secara terang-terangan tidak berpuasa dan makan di hadapan khalayak ramai..

Jadikan pengajaran dan semoga kita di bawah naungan redha Allah SWT

Untuku Dan Mereka Yang Bergelar Pemuda

Salam syawal,salam kemenangan salam ukhwah...

Aku, engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kitalah pemimpin di masa hadapan. Kitalah generasi pengubah dan pendidik masyarakat.

Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan
. Maka aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu denganku,

1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

قال النبي صلى الله عليه وسلم . : إغتنم خمسا قبل خمس : (1) شبابك قبل هرمك . (2) وصحتك قبل سقمك . (3) وغناك قبل فقرك . (4) وفراغك قبل شغلك . (5) وحياتك قبل موتك رواه الحاكم في المستدرك،341،4، من حديث إبن عباس رضي الله عنهما

Sabda Rasulullah yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ». رواه البخاري ومسلم

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim).

Pemuda dan Dakwah Islam.



قال صلى الله عليه وسلم ” أوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ “. رواه البخاري

Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat-sahabat baginda yang lain.

Duhai pemudaku, mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku-buku sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.

Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan ”Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami“.

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW.

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.

Kita dan pemuda.

Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak-kanak. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain ”daun yang bakal layu esok hari“.

Kita tinggalkan anak-anak kita di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu kita berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada “lebai” yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah.

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, kita biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja.

Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?.

Anda boleh lihat sendiri kehadiran pemuda kita di masjid, di kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya. Mari berkawan dengan pemuda kalian. Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Akhir kata, aku ingin tanya ”ayah-ayah" dan ”golongan tua” yang membaca postku ini.

-Sejauh mana penglibatan anak-anak kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak-anak remaja kalian?


Untuk pemuda, mari kita jadi pemuda tua yang tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin-rajinkan bersama dengan orang-orang tua yang berilmu, untuk kita dapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

~Bersama kita bina generasi pewaris~