Kelebihan Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam a.s.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata, "Sesungguhnya Allah swt telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

  • Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad diterima di sebarang tempat oleh Allah
  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah, maka Allah telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah memberi mereka pakaian
  • Ketika aku menderhaka kepada Allah, maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku, Hawa. Tetapi umat Muhammad berbuat derhaka, Allah tidak memisahkan isteri mereka
  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad derhaka kepada Allah dan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah



Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad yang mana Allah beri banyak kelebihan berbanding umat yang lain. Yang dilahirkan dengan nikmat yang tidak terhingga (iman dan islam) Marilah kita renungkan bersama adakah kita layak digelar sebagai umat Muhammad?? Renung-renungkan dan selamat beramal. Bersama-samalah kita mengislahkan diri. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang disayangi.

Wallahualam...

Berakhirnya Ramadhan, Suka atau Duka?

Ibnulatef

Sumber : thahalatef.wordpress.com

Disaat entri ini ditulis, ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa satu/dua hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.

Antara kelebihan ramadhan ialah :

Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.

Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.

Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.

Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.

Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.

Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.

Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.

Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.

Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin

Hadith Rasulullah SAW:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-


Jazakumullah




SALAM EIDULFITRI



alhamdulillah, hampir sebulan kita melalui tarbiyyah ramadhan. Banyak jerih & perih telah kita lalui. Ramadhan menguji kesabaran serta keimanan kita untuk bergelar seorang muslim yang bertaqwa. Kini syawal menjelang tiba, kami krew Al-Zikr mengucapkan :

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN"

Hatiku Sebesar Cawan


" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia,
" bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya

Cepat!!! Usah bertangguh!




Hari ini hari ke 23 kita berpuasa, ini bermakna ada tinggal lagi 6 hari kita berpuasa,
Ada dua situasi yang kita boleh lihat.

Pertama, berasa diri kurang beramal, sentiasa memikirkan tentang beribadah kepada Allah.

Kedua, berasa diri kurang persiapan untuk raya, sentiasa memikirkan tentang
raya...raya...raya, ape yang kurang.

Bukan tidak boleh membuat persiapan untuk raya, tapi janganlah terlalu melampau dan
keterlaluan sehingga amalan yang telah diamalkan sebelum ini tertinggal.

Sebelum ini, semasa fasa pertama bulan Ramadhan, setiap waktu baca al-Quran,
tak tinggal Solat tarawih, bangun qiam. Tapi dek kesibukan untuk persiapan hari raya,
dah tak bangun qiam, dah tertinggal solat tarawih. HUrm, ape nak jadi??

Betul ade seorang ustaz cakap dlm forum beliau yg bertajuk 'Salam Rindu Ramadhan'
beliau membuat satu analogi yg cukup mudah utk kita fikirkan, analogi permainan bola sepak.
Masa permulaan pemilihan pemain bola sepak iaitu peringkat saringan ramai yang menyertai,
Selepas itu, peringkat perlawanan pusingan pertama, semakin kurang sebab ramai yang
tidak mampu, tak laratlah serta macam-macam lagi alasan dan akhir sekali peringkat perlawanan final, hanya yang betul-betul nak main bola sepak, yang memberikan sepenuh komitmen, yang tak mudah merasa jemu dan putus asa sahaja yang mampu bertahan keperingkat akhir ini.

Bagitu juga dengan flow yang biasa kita dapat lihat dalam bulan ramadhan ini,
Masa mula-mula pada hari 10 yg pertama ramadhan jemaah yang solat tarawih di masjid
mahupun surau penuh. Kemudian, seterusnya semakin berkurang. Kenapa??? Ada yang dah 'syahid' awal dah!! memberi alasan, penatlah, malaslah. Sebab apa berkata sedemikian? sebab orang yang berkata begitu masih tidak dapat merasai kemanisan dan keindahan Ramadhan, jadi sesiapa yang merasai sedemikian, maka carilah hati anda dengan solat malam, bangunlah untuk qiam.

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak) Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (Dia-lah) Tuhan masyrik dan magrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. (Al-Muzzammil 1-10)

Baiklah, sambung semula dengan analogi tadi, pada peringkat final perlawanan hanya yang tidak merasa jemu, yang tidak berputus asa sahaja yang mampu bertahan, samalah juga manusia pada akhir-akhir ramadhan, jemaah yang solat terawih semakin berkurang, kenapa??? berbaliklah semula dengan hati kita, muhasabahlah diri semula. Betulkan niat kita,

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. (hadis pertama)

Marilah sahabat semua, mengingati diri ini juga, jangan membiarkan diri leka dengan persiapan raya sehingga mengorbankan amalan-amalan ibadah kita. Malam sepuluh terakhir, pada siang hari kerjakanlahkeperluan dirimu, pada malam hari jgnlah lagi sibukkan diri dengan duniawi, luangkanlah masa dengan Allah.

W'alam
Asif segala kesilapan n kekurangan, sudi-sudikanlah memberi komen.

Hala Tuju Pimpinan Pelajar Islam


Pemimpin pelajar merupakan icon penting dalam sesebuah organisasi mahasiswa. Mereka adalah suri tauladan dan sumber utama ideologi yang mengarah pemikiran dan tindakan setiap ahli dalam organisasi. Begitulah juga pemimpin pelajar Islam [PPI] yang memegang tampuk pimpinan organisasi mahasiswa Islam. Seperti yang kita maklumi organisasi mahasiswa Islam yang aktif di Malaysia terdiri daripada Persatuan Mahasiswa Islam [PMI], Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia [PKPIM] dan Kelab Rakan Islah Mahasiswa [KARISMA].

Pemimpin pelajar Islam di kampus bukanlah pemimpin yang sebarangan kerana mereka dibaiah oleh pendukung perjuangan Islam di kampus. Orang selalu memburuk-burukkan konsep baiah sebagai perbuatan taksub dan ekstrem. Sebenarnya, kita selalu tertipu oleh propaganda musuh Islam, baiah adalah warisan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW dalam perjanjian Aqabah dan Baitul Ridhwan. Baiah tidak boleh dilakukan kepada sebarangan orang. Baiah hanya boleh diberi kepada pemimpin yang alim, beramal dengan ilmunya dan berakhlak mulia. Cuma terdapat golongan ekstrem yang menyalah-gunakan baiah untuk kepentingan peribadi mereka. Oleh sebab itu, as Syahid Iman Hasan al Banna membentuk rukun baiah al Ikhwan bagi dihayati oleh para pengikut al Ikhwan yang mahu baiah kepadanya. Baiah jenis ini dapat mengurangkan ketaksuban tanpa ilmu pengikut kepada pemimpin sesebuah organisasi Islam.

Masyarakat luar, media massa dan mahasiswa selalu keliru tentang konsep baiah. Sebenarnya, kebanyakkan pemimpin pelajar Islam yang dibaiah adalah seorang yang alim, mempunyai pencapaian akademik yang baik dan berupaya berhujah dan mengurus organisasi dengan baik tetapi fitrah dunia membuktikan setiap kebaikan akan ditentang. Kalau Muhammad SAW yang diakui al-amin dan berbudi bahasa ditentang, apatah lagi insan kerdil yang dinamakan pemimpin pelajar Islam. Begitu juga Iman Hasan al Banna, keperibadian dan kealiman beliau telah berjaya menyinari roh perjuangan pengikutnya. Maka lahir insan kental dalam perjuangan Islam seperti Hajjah Zainab al Ghazali, Aminah Qutb, Musthafa al Masyhur dan Makmon al Hudaybi yang begitu hebat dizalimi.

Jika kita meneliti kebanyakkan pemimpin pelajar Islam, kita terpaksa mengakui kelebihan mereka. Jangan kita membenci mereka sehingga kita melupai kebaikan yang dimiliki oleh mereka. Permasalahan taksub terjadi apabila golongan ‘thaliban’[gelaran bagi golongan ekstrem dalam gerakan mahasiswa Islam] dalam gerakan pelajar Islam telah menyalah-gunakan semangat baiah ini untuk mencapai matlamat secara tergesa-gesa. Mereka ini selalu tersilap langkah dalam perencanaan dakwah sehingga perjuangan mereka tercalit dengan persepsi negatif daripada kerajaan, penguasa kampus dan masyarakat. Fenomena ekstrem ini berlaku dalam setiap organisasi dan ia adalah wahana semula jadi bagi memperseimbangkan kuasa dalam sesebuah organisasi. Dalam parti pemerintah pun terdapat golongan ekstrem, masih ingat lagi siapa yang memanjat tembok Dewan Perniagaan Cina Selangor atau siapa yang mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatannya melalui surat layang dan golongan yang membangkitkan peristiwa 13 Mei dalam setiap perhimpunan agung partinya.

Dalam penelitian penulis, para pemimpin pelajar Islam tidak seradikal seperti yang diwar-warkan dalam media massa pro-pemerintah bahkan kita dapat merasai nilai persaudaraan begitu kuat ketika bersama mereka. Penulis mengakui ada di kalangan mereka yang tegas dan tergesa-gesa sehingga kadang-kala mereka tersilap langkah kerana terlalu sayangkan Islam. Pemimpin agung kita, Tun Dr. Mahathir sendiri seorang tegas seperti menolak pakej ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa [IMF]. Impaknya sehingga kini ekonomi kita dapat bertahan.

Pemimpin pelajar Islam haruslah menyalurkan semangat baiah ahli kepada mereka melalui wadah perjuangan yang positif. Adalah sedih jika pemimpin pelajar Islam mempergunakan pengikut dan persatuan untuk kepentingan survival politik mereka. Mereka cuba menonjolkan diri mereka dalam pimpinan organisasi, memimpin demonstrasi dan mengkritik kerajaan dan HEP tetapi di dalam hati mereka terselit niat untuk mempromosi diri agar ‘dibeli’ oleh pihak tertentu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kita melihat ramai pemimpin pelajar Islam yang menjilat ludahan mereka kembali, siapa yang tidak mengenali Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Fuad Zakarshi, Che Johan Che Pa dan Ahmad Shaberry Cheek yang cukup lantang semasa di kampus.

Pemimpin pelajar Islam adalah manusia biasa yang mempunyai kepentingan semasa, mereka juga boleh jadi seorang mahasiswa yang tidak mahu menganggur. Kelantangan mereka di kampus untuk menonjolkan bakat politik mereka kepada pihak tertentu. Sejak di kampus lagi mereka melakukan ‘ziarah politik’ terhadap pimpinan parti pemerintah untuk menyalurkan kalimah indah untuk bersama parti pemerintah. Maka ada pemimpin pelajar Islam menjadi ‘orang-orang’ bagi tokoh tertentu dalam parti pemerintah. Mereka mula mengabaikan pengharapan tinggi pendukung gerakan pelajar Islam di kampus kepada mereka.

Penulis teringat bicara seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya yang menyatakan ‘sokong PAS dapat apa?’. Anekdot ini cukup mengejutkan penulis apabila orang yang memiliki kelas ilmu yang tinggi bercakap persis orang kampung di Terengganu yang mendapat wang ehsan. Gejala material ini turut terkena kepada para pemimpin pelajar Islam. Akibatnya mereka menjauhkan diri daripada gerakan Islam setelah tamat belajar. Mereka mengatakan mereka sokong perjuangan Islam dari dalam dan senyap-senyap. Inilah janji pemimpin pelajar Islam yang palsu. Selepas mendapat kuasa, gerakan Islamlah yang mereka caci dan cemuh.

Platform perjuangan Islam bukan disempitkan dengan menyertai PAS sahaja. Perjuangan Islam melalui pendekatan politik bukanlah segala-galanya. Pemimpin pelajar Islam juga boleh menyertai elemen-elemen pentarbiyahan Islam dengan menjadi guru, pensyarah universiti atau menyertai organisasi kerajaan yang dapat membantu proses dakwah Islam. Pantang bagi pendukung gerakan Islam mengherotkan idealis Islami mereka kepada idealis sekular-nasionalisme.

Pengkhianatan dalam gerakan Islam bukanlah sesuatu yang baru. Hasan al Baquri, seorang ulama al Azhar yang disebut-sebut menjadi calon bakal Mursyidul Aam al-Ikhwan kedua, apabila diberikan jawatan menteri dalam kabinet Mohamad Naquib sanggup mengabaikan arahan Majlis Syura al Ikhwan dan Mursyidul Aam al-Ikhwan kedua, Iman Hasan al-Hudaybi supaya meletakkan jawatan. Dan siapa yang tidak mengenali Ustaz Nakhaie Ahmad, pakar pembuat kertas kerja yang mempertahankan organisasi yang disertainya telah menyertai parti pemerintah sewaktu memegang jawatan Naib Presiden PAS. Jika dulu beliau mempertahankan wira-wira Mamali dalam penulisannya, kini beliau mempertahankan parti pemerintah dalam isu Islam Hadhari. Tempias ini turut terkena kepada pemimpin pelajar Islam dimana ketika di kampus, mereka begitu kuat mempertahankan perjuangan Islam tetapi di dalam kerajaan mereka membisu seribu bahasa terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan bahkan mereka pula yang mencaci nasihat dan idealis pendukung Islam.

Tradisi melompat platform menjadi trend kepada pemimpin pelajar Islam yang ingin menikmati habuan dan kemudahan tertentu. Amatlah malang jika seseorang yang dulunya alim, faham agama itu syumul dan dicemuh kerana menggerakkan dakwah di kampus telah beralih ke lubuk sekular-nasionalisme. Mereka bukan sahaja bertukar platform tetapi bertukar idealis. Sesunggunhya memang benarlah bahawa iman kita boleh berubah-ubah dan hidayah hanya boleh dikurniakan oleh Allah SWT sahaja. Persoalannya sekarang, adakah anekdot pengkhianatan dan main politik pemimpin pelajar Islam akan terus berlangsung?. Kita menunggu langkah politik saudara Hishamuddin Abu Bakar, Muhamad Ramadan Fitri, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Mukthar Suhaili, Mohd Dzulkhairi Mohd Noor dan Mohd Fuad Mohd Ikhwan.

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH!!

"PULANGLAH, KAMI MERINDUI KAMU"

Blog kedaikopitepimasjid memohon para pembaca sekiranya mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera.

Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.



En Alias Othman dapat dihubungi di talian 016-4833539 atau dialamat 257, Mukim 5 Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

(kadang-kadang tidak bercermin mata)

Lailatul Qadar dan Tanda-Tandanya

by ust saidi

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistemewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab al-Quran sebagai petunjuk. Allah s.w.t juga telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadqr yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah di malam ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

Sebab-Sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah:

* Al-Qadar bermaksud mulia, oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.

* Dinamakan al-Qadar kerana pada malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.

* Kerana ibadah pada malam itu sangar besar kadar ganjarannya.


Tanda-Tanda Malam Al-Qadar:


Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah:

* Pada malam al-Qadar cuaca lebih terang daripada malam biasa.

* Pada Malam itu jiwa manusia menjadi tenang.

* Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.

* Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding dengan malam-malam lain.

* Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.

* Matahari terbit pada waktu pagi dalam keadaan tidak bersinar, ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang hendak naik kelangit selepas waktu subuh.

* Ramai orang memberi salam pada malam itu.

* setengah pendapat mengatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.

Kelebihan Malam Al-Qadar:

* Malam diturunkan al-Quran.

* Malam yang dipenuhi keberkatan.

* Malam ketentuan ajal dan rezki pada tahun itu.

* Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.

* turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.

* Malam yang dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.

* Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.


Kes Selatan Thai : Baru sekarang 'terpandang'


Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai pada bulan Ramadhan tahun 2004 telah banyak mengubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap Selatan Thai. 85 orang telah terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar. Berita tentang Selatan Thai dikaca tv menyedarkan orang ramai bahawa majoriti masyarakat disini beragama Islam. Berita-berita di tv menggambarkan bahawa telah terjadi satu penentangan oleh pihak yang dinamakan sebagai puak pemisah. Namun, berita yang tidak konsisten dari pihak media menyebabkan masyarakat masih tidak memahami apakah yang sebenarnya berlaku di Selatan Thai. Kisah penindasan dan peminggiran penduduk asal di sini iaitu masyarakat Melayu Muslim dari segi hak ekonomi, hak mengamalkan budaya dan bahasa Melayu, hak pendidikan, hak perundangan menurut Syariah dan hak perjawatan dalam kerajaan tidak banyak di ketahui umum. Inilah di antara sebab - sebab berlakunya pemberontakan di wilayah ini .




Selain Tak Bai, peristiwa pengeboman di dalam Masjid Krisik dan beberapa lagi siri pembunuhan beramai-ramai ala operasi ketenteraan konvensional yang jelas bertentangan dengan hak-hak kemanusiaan untuk menewaskan kumpulan pemisah ini telah merosakkan imej tentera di Selatan Thai di kalangan masyarakat dunia. Akibat tekanan daripada negara-negara jiran dan negara-negara lain, strategi yang digunakan oleh pihak keselamatan untuk menangani permasalahan ini telah berubah, tetapi bukan dengan cara yang lebih baik. Aduan tentang penculikan, penderaan dan pembunuhan yang diterima oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia semakin meningkat. Ternyata, stategi ini berjaya menutup kekejaman pihak tentera daripada diketahui oleh pihak luar. Lebih-lebih lagi, perintah darurat yang dilaksanakan di Selatan Thai tidak membenarkan warganegara asing masuk ke kawasan krisis yang digelar ‘Red Zone’. Di Malaysia, berita tentang kezaliman yang berlaku di Selatan Thai jarang – jarang di dengar sekaligus menggambarkan keadaan di sana seolah—olah semakin aman. Apa yang berlaku sebenarnya, pembunuhan masih berlaku hampir setiap minggu di sini, ia dilakukan dengan penuh terancang dan mengelirukan.




Kes yang terbaru iaitu pembunuhan kejam 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat pada 1 Jun 2009 telah menggemparkan masyarakat dunia. Negara-negara asing kelam-kabut memperkatakan tentang jalan penyelesaian krisis yang sudah berdekad umurnya ini. Seperti selalu, belum pun penyelesaian terbaik diputuskan, berita-berita dari Selatan Thai ini akan semakin lama semakin senyap ditelan waktu. Kes yang terbaru ini adalah rentetan daripada ratusan kisah tragis pembunuhan yang berlaku hampir setiap minggu disini persis apa yang berlaku di Palestin. Kajian kes tentang pembunuhan, penculikan dan penderaan yang dilakukan oleh pihak yang ’tidak ketahui’ telah dapat di kenalpasti . Namun, majoriti penduduk percaya perbuatan ini bukan di lakukan oleh ”kumpulan pengganas” atau ”kumpulan pemisah” seperti yang di war—warkan di dalam media. Tetapi mereka di zalimi dan di tindas oleh pihak yang tidak mahu agama islam dan bangsa melayu terus bertapak di bumi Patani (Selatan Thai).

Allahua'lam.