"Poco-poco HARAM!!!"

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. Cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM. ...

TARBIAH RAMADHAN KEMBALI


double click untuk besarkan image

BATTLE OF RAMADHAN

DOA YANG TIAA HIJAB DENGAN ALLAH




Doa mereka yang tiada hijab dengan Allah s.w.t ialah:

* Doa seorang pemimpin yang adil lagi bertaqwa kepada Allahs.w.t

* Doa mereka yang dizalimi.

* Doa mereka yang berpuasa ketika mereka berbuka puasa

Wasiat Allah Kepada Rasul

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

salam perjuangan buat semua.

Assalamualaikum...

Sekian lama blog ini bersawang, ana menyempatkan juga menitipkan sesuatu disini..

Diri ini mengharapkan ada adik-adik yg dpt menyambung mengoperasikan blog ini, tapi adk ini pula meneruskan perjuangannya di bumi zagazig.

Tapi tak ape, patah tumbuh hilang berganti, InsyaAllah

Tujuan utama blog ni di buat adalah sebagai wadah online risalah yg diterbitkan oleh Biro Penerbitan dan Publisiti, Exco Kerohanian JPP serta Rakan Masjid. Tapi lame kelamaan menjadi wadah peringatan daripada sahabat2. Alhamdulillah, syukran kepada Disiniku mencari sinar, Halawatul Iman serta Hilmi yg sudi menyumbang tenaga.

Kini, masing-masing yg juga ada blog sendiri utk menyampaikan madah sendiri, jadi komitmen utk alzikr menjadi kurang, termasuklah diri ini. Lagi pun masing-masing juga ade komitmen utk uruskan yg lain..

Jadi, perancangan seterusnya?
............???
Minta sahabat2 semua bagi pandangan..
syukrn jazillah...


~~Mohon maaf atas segala kekurangan~~

"Berikanlah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang-orang mukmin"



sahabat ini juga mengaharapkan peringantan dari kalian...