Persiapan Awal Sebelum Tiba Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang istemewa dari 12 bulan setiap tahun, bulan turunnya kitab suci al-Quran, bulan yang membawa berbagai barakah dan kelebihan, bulan yang tersirat padanya berbagai hikmah dan rahsia. Ia merupakan kekasih yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang mukmin setelah berpisah selama sebelas bulan.
Rasulullah s.a.w menyambut bulan Ramadhan dengan penuh rasa terharu, ini jelas dari ucapan baginda yang bermaksud: " Telah datang bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya, telah datang bulan membawa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
Persediaan kita seharusnya dilakukan dengan penuh rapi kerana hendak menyambut tetamu yang bukan sebarang tetamu, tetamu yang hanya datang sekali sahaja dalam tempuh setahun. Tetamu yang datang membawa hadiah-hadiah yang sangat menarik kerana bersamanya Malam al-Qadar, keampunan dosa dan beroleh ketaqwaan. Persediaan dan persiapan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga di suatu hari nanti kita akan menjadi tetamunya pula. Berbahagialah orang yang menyambut dan melayaninya dengan penuh keimanan kerana kelak nanti puasa ini akan melayannya dengan segala keseronokan. Allah s.w.t telah menyediakan satu pintu khas di syurga untuk orang yang berpuasa. Pintu itu dikenali sebagai pintu ar-Rayyan. Hanya orang yang berpuasa sahaja diberi peluang untuk masuk ke syurga melalui pintu ini.

Rusuhan Natrah

Assalamualaikum..

Rasanya tak ketinggalan lagi kalau saya memetik sedikit kisah tentang Natrah, sebab ade juga orang yang tak tahu tentang kisah ini. Waalhualam

Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.

Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.

Punca

Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar[perlu petikan]. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah berugama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.

jahiliah moden



Zaman ini merupakan zaman yang amat mencabar. Kerana jahiliah yang kita hadapi berbeza. Berbeza yang amat sangat. Kalau dahulunya pada zaman rasulullah saw, jahiliah yang dilihat adalah jahiliah dimana kelompok yang belum memeluk islam memerangi islam itu sendiri. Benar, ada wujudnya golongan munafik, tetapi konteksnya berbeza. Yakni mereka memeluk islam atas alasan mungkin kerna pengaruh dan lain-lain.

Tetapi jahilayah abad ke 21 lebih mencabar. Lebih dahsyat dan lebih tenat. Dan sebagaimana sabda rasulullah membuktikan bahawa islam itu menjadi asing/dagang sebagaimana ia datang. Jangan menafikannya!! Ianya memang sedang berlaku.

Jahiliah lampau berbeza kerna perbezaan jahiliah dan islam itu memang semua ummat ketika itu faham dengan jelas. Kefahaman yang ada membezakan yang haq dan bathil itu amat jelas. Tidak ada grey area pada kefahaman itu. Kefahaman yang dibina oleh madrasah rasulullah itu membolehkan ummat memahami islam dengan sempurna dan jelas. Maka tidak ada penyimpangan atau pun ruang keraguan diantara haq dan kebatilan.

Tetapi, dalam zaman sekarang, keraguan atau grey area itu wujud. Bukan kerna islam itu lemah, atau ada kurangnya.. Tetapi kefahaman itu tiada pada ummat.. Kerana kefahamannya tidak dibina..

Kefahaman pada islam itu mengikut hawa nafsu. Maka banyak lah wujudnya doktrin-doktrin jahiliyah yang diaplikasi di “negara islam”. Maka timbullah ungkapan dari ‘pejuang islam’ sendiri yang mengatakan:

"Ulama duduk di tepi. Biar pemimpin buat kerja. '

Ini jelas mengasingkan islam dari kehidupan. Jadi kenapa mengaku anda ‘pejuang islam’ kalau anda sendiri men’sekular’kan islam. Timbul lagi kefahaman yang songsang pada ummat kini.

Mereka mengaku mereka islam. Aku bangga jadi islam. Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai islam. Tetapi, apakah cara hidup mereka jelas sebagaimana yang Allah redha.

Adakah Allah redha kalau kamu minum arak? Dan dengan senang hati mengatakan, ”takpe, asal hati baik”.

Adakah Allah redha kamu bermaksiat kepada Allah. Adakah Allah redha kamu mencipta sembahan selain dia.

Ber’tuhan wang ringgit’, perempuan, nafsu, kuasa dan macam-macam lagi sembahan yang kita ciptakan sama ada kita sedar atau tidak.

Senang sekali nak menyatakan bahawa jahiliah yang paling tenat kini adalah hendak menyedarkan orang yang sudah bershadah apa ertinya mereka bershahadah. Apa ertinya mereka menganut islam. Ini bukan masuk lagi kepada mereka yang kononnya bangga dengan islam tetapi membenci islam. Dengan mengatakan bahawa islam itu adalah doktrin atau sistem padang pasir 1500 tahun lampau.

Kita kebanyakan nya dilahirkan dalam sistem jahiliah. Sistem yang dibina dengan fahsya’ dan mungkar. Apakah mudah hendak menukar proses pembentukan diri kita yang contohnya selama 20 tahun dalam masa hanya 2 tahun? Apa yang ingin dibawa mudah. Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah rasulNya. Tetapi untuk memahami dengan benar itu bukan satu perkara yang mudah dalam menghadapi jahiliah akhir zaman.

Kalimah pertama menjelaskan bahawa hanya Allah satu-satu nya tuhan. Mari kita lihat pada kriteria ini. Bilamana kita bercakap tentang tuhan, maka pada tuhan itu pasti kita berasa

Cinta pada Nya
Berharap pada Nya,
Ingin dekat dengan Nya.

Kalaulah, kuasa dan jawatan itu memenuhi kriteria diatas, maka kita menjadikan jawatan dan kuasa sebagai tuhan. Ingatlah, pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan di hadapan tuhan..

Kalaulah harta memenuhi kriteria itu, maka kita bertuhankan harta.

Kalau perempuan memenuhi kriteria itu, maka kita bertuhankan perempuan yang kita sayangi.

Perkara ini mudah dijelas. Tetapi senangkah kita aplikasi. Ada yang bertanya, salahkah mencintai sesuatu? Fitrah manusia itu memang wujud rasa sayang. Rasa mahabbah pada sesuatu. Tetapi rasa cinta itu tidak boleh melebihi cinta kepada allah dan rasul Nya..

Mari kita masuk fasa kedua yakni Muhammad itu pesuruhNya. Jika kita meyakini allah itu satu sahaja tuhan, maka kita perlu yakini bahawa Muhammad itu pembawa risalah tuhan. Maka pada Muhammad itu perlu kita contohi.

Contohnya, dalam berpolitik, perlu kita fikirkan apa Rasulullah buat. Apa Muhammad itu akan lakukan. Bgaimana hendak kaji, rujuklah pada al Quran dan hadis. Kerana pada keduanya adalah panduan. Memanglah dalam sirah itu tak ada proses pilihanraya umum. Tapi konsepnya pasti ada yakni pada konsep syura dan lain-lain.

Rujuk pada sirah kehidupan baginda. Peristiwa yang berlaku kepada baginda, daripada peristiwa kedatangan Islam ke jazirah arab, proses dakwah dan tarbiyyah di kota makkah, hijrah ke madinah, perang badar, uhud dan khandak serta perang yang lain, serta fathu makkah dan sebelumnya perjanjian hudaibiyah serta selepas peristiwa itu semua merupakan ‘guidance’ dalam kehidupan kita.

Peristiwa-peristiwa itu bukan sekadar sejarah. Ianya adalah guidance. Petunjuk. Bayangkan, dalam hidup 63 tahun sang nabi, betapa banyaknya peristiwa yang baginda lalui. Itu bezanya seorang nabi dengan pemimpin biasa. Peristiwa yang baginda alami sebenarnya manual untuk kita.

Al quran, hadis dan sirah baginda sebenarnya diturunkan sebagai manual untuk ummat islam. Buktinya rujuk surah al baqarah. Mula-mula sekali al-Quran. Ayat ke 2 dan ke 3. Maksudnya :

"Inilah kitab yang tidak ada keraguan dalam nya.petunjuk untuk orang bertaqwa." (Al-Baqarah[3]:2-3)

Jelas dan terang.tapi kenapa kita cari selain daripada al Quran. Kononnya al Quran ini tak valid. Cuma buku tulisan 1500 tahun lampau berasal dari padang pasir.

Mari kita ambil contoh kisah dalam surah Maryam. Diceritakan Maryam setelah melahirkan Isa menjadi amat lemah. Lalu Allah mewahyukan untuk menggoncang pohon tamar.

Logik nya, adakah Maryam yang amat lemah mampu menggoncang pohon tamar yang besar macam pokok kelapa sawit sampai jatuhnya buah tamar? Kalau kita yang sihat pun sukar.

Rasionalnya disini, biarpun kita amat lemah, kita tetap perlu berusaha. Baru Allah akan bantu. Bukan sekadar mengharap. Mengharap Allah akan menghapuskan kerajaan fasad, mungkar dan fahsya Amerika hanya dengan doa. Harap allah membantu saudara Palestin hanya dengan laungan slogan. Bantuan dari langit itu datang dengan usaha. Perlu kita faham, bantuan itu datang bukan dengan percuma!!

Dan kalau kita perhati, bukankah kisah Maryam yang tercatit dalam Quran itu adalah satu perintah yang kita jadikan panduan!!

Tapi kita anggap sebagai cerita!!

DA'E TIDAK PERLU MEMILIH MAD'U


Salam dakwah....

"eh,dia nie perangai macam bukan manusia...tak ubah sama cam yang bergayut kat ataS pokok..."..kata A... "btul la..klu orang cam nie memang dah tak ble nak ubah nie...buat la cam mana pun memang tak ble ubah..ana yakin!"...si B menyahut..."

Nahu nie salah satu nahu yang memang tak lekang dari bibir para seseorang yang baru nak berjinak-jinak dengan medan dakwah(merujuk pada diri sendiri)...biasanya inilah ungkapan yang keluar dari mulut kita apabila melihat remaja yang tidak terjaga sosialnya...

Pernah tak kita fikir yang mereka pun makhluk Allah juga...mereka pun berhak untuk memiliki syurga Allah juga....hmm..satu persoalan yang jarang bermain difikiran orang -orang yang baru dalam jalan dakwah ini...walaupun kita tahu ada yang memikirkannya....

Ini sebgai peringatan/tazkirah/caution untuk kita yang mana berada dalam jalan dakwah...kita sebagai da'ei tidak perlu terlalu memilih mad'u sehinggakan membiarkan golongan seperti "remaja bebas" ini kita biarkan...cuba kita fikir kalau kita just nak dakwah golongan yang hanya berfikrah tapi tidak jelas je...apa yang akan berlaku kepada "remaja bebas" kalau kita biarkan saje mereka? tidakkah mereka akan jadi makin parah? makin terhumban ke dalam kehinaan...

Kalaulah seluruh para da'ei bersifat demikian maka masalah sosial tidak akan selesai...sepatutnya golongan yang macam inilah yang perlu kita dampingi...mereka perlukan "penunjuk arah" dan kitalah yang kena menjadi "penunjuk arah" bagi mereka...

Janganlah pulak kita wujudkan suasana golongan bertudung bulat dengan golongan yang berpakaian ketat or golongan berkopiah dengan golongan mat rempit...cuba kita hazafkan benda nie...kita kena masuk dengan semua golongan...tapi jangan pulak sampai kita yang mengikut pelakuan mereka,kita masuk dengan tujuan berdakwah diatas satu niat kerana Allah s.w.t.....

Tapi apa pulak kata orang...golongan pakai tudung bulat berkawan dengan berpakaian ketat? Hilang Sikoh la...sheikh..kita kena ingat nabi berdakwah kepada semua manusia skeikh...kalau bukan kerana ini, tidak akan timbul kisah perempuan Yahudi memeluk Islam sheikh....kalau bukan kerana kudwah hasanah yang nabi tunjukkan kepada mereka...mereka tidak tertarik kepada Islam...so apa nak pelik....

Semuanya bergantung kepada niat kita...kalau betul niat kita betullah jalan kita...papepun sama-sama kita ambil iktibar....

wallahhua'lam...

disinikumencarisinar: ini pesanan ana kepada diri ana khususnya dan kepada sahabat-sahabat yang aktif dalam jalan dakwah....sama-sama kita ambil iktibar, teruskan usaha dakwah...ingat Islam tidak memerlukan kita tapi kita yang perlu kepada Islam..:)