al-kisah

Inilah al-kisahnya...

Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya... Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah lembut...

Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2, bagaikan nak terkeluar stereng kereta dihempap2nya..

Suami: hish,marah betul aku! diorang ni,kalau nak betulkan jalan pun,buat la waktu lain,ini tak...masa ni jugak terhegeh2 nak buat!

Isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai
orang kat depan tu,accident kot..

suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan mana tahu hal2 macam ni! oooo,accident ye?!
Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta sehingga
terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

Isteri: eh,abang!nak ke mana tu?

Suami: kau jangan banyak tanya!duduk aja dalam keta ni,aku taula apa nak buat!
Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari situ...tiba2,si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...

Suami: TEPI..TEPI...AKU ABANG DIA! AKU ABANG DIAAAA..!
Mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang beri laluan kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi jugak taktik aku'. Apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak bernyawa... mana tidaknya,'adiknya' itu SEEKOR MONYET!
hehe..






halawatul iman : moral kisah ini..
sabar separuh daripada iman,

Boikot atau tidak Boikot?


diambil daripada web palestinkini
:

Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.

Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.

Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.

Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….

Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…

Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…

Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?

Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?


halawatul iman : apa peranan kita sebagai dae'i?

perkara yang hampir kita lupa

pencuri masuk Islam?

salam...da lame x wat post baru..
hoho.. alhamdulillah ade pn peluang..
kali ni nk kongsi cerita pasal seorang pencurik yang ingin masuk Islam..

satu hari, dia pergi btemu dgn Rasulullah S.A.W..
"ya nabi Allah, aku ingin memeluk agama Islam.. tapi aku xmau tinggalkn tabiat mencurik aku.. boleh x?"

Rasulullah membenarkn si pencurik memeluk agama Islam tetapi dengan satu syarat..
jangan menipu..

kemudian si pencurik pon bersetuju dan mengucaplah 2kalimah syahadah...
si pencurik menjalankn ibadah2 seperti sahabat yg lain tetapi masih lagi mencurik setiap hari..

dan setiap hari juga Rasulullah S.A.W. akan memanggilnya dan bertanya..
"apakah engkau mencuri hari ini?"

oleh kerana sudah berjanji utk tidak menipu, dia pn mengaku..
setiap hari berlaku perkara yg sama di mana setiap harilah dia mengaku kepada Rasulullah bahawa dia mencuri..

lama-kelamaan, rasa malu mule memenuhi benak.. dia sudah mula segan untuk mengakui perbuatan keji tersebut..
dia mula mengurangkn aktiviti mencurinya..
dan lama-kelamaan dia pn berhenti daripada mencuri..

itulah satu kisah yg boleh kita kiaskn dlm kita nak berda'wah kt org2 keliling kita..
kalo die memang suke kapel.. kompem die xsuke kite ckp kapel haram.. kn??
so, gunelah pendekatan2 seperti ini..

semoga semua da'ie di luar sana berjaya dengan aktiviti dakwah yg dlakukan.. amin..
smoge mndpt keredhaan Allah S.W.T

jika ada salah n silap tegor la ye..

taubat yang sesungguhnya



Pada suatu hari Sayidina Umar bin Khathab r.a. lewat di hadapan penduduk Madinah. Lalu, seorang pemuda menghampirinya sambil membawa botol di balik bajunya, Sayidina Umar bertanya,”Anak muda, apa yang engkau bawa di balik bajumu?”
Botol itu berisi Khamar, tetapi anak muda itu malu untuk mengatakannya. Di dalam hatinya, ia berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau membuatku malu di hadapan Sayidina Umar. Janganlah Engkau membuka aibku. Tutuplah aibku di hadapannya. Aku tidak akan minum khamar lagi untuk selama-lamanya.” Kemudian ia berkata,”Amirul Mukminin, yang saya bawa ini adalah cuka.” Sayidina Umar berkata, Berikan kepadaku agar aku dapat melihatnya.” Lalu pemuda itu memperlihatkan botol tersebut di hadaapn Umar. Umar kemudian melihat khamat itu benar-benar telah menjadi cuka.

Perhatikan makhluk yang bertobat karena takut kepada makhluk yang lain yang bertaqwa. Allah Swt mengubah khamar itu menjadi cuka ketika diketahui ada pertobatan yagn ikhlas darinya. Jadi, seandainya orang yang telah berbuat maksiat menghentikan perbuatan-perbuatan kejinya, bertobat dengan semurni-murninya (tawbatan nashuha) dan menyesali perbuatannya, Allah Swt akan mengubah khamar kejahatannya dengan cuka ketaatan

halawatul iman : jadilah hamba yang sentiasa bertaubat
terhdp dosa-dosa yg telah dilakukn

(ya ALLAh aku adalah hamba-Mu yg hina dan berdosa)