Belajar daripada Kegagalan

SITUASI 1

"Wah, full mark kot markah physio kau!"
"Alhamdulillah. Rezeki, Allah nak bagi. Kau pun lebih kurang juga"

SITUASI 2

"Alah, aku dapat separuh-separuh je"
"Paling kurang kau tak seteruk aku. Dapat suku markah je. Sedih la, aku bukan tak baca buku"

Keputusan peperiksaan pertengahan semester baru saja diumumkan setelah tertangguh lama akibat revolusi Mesir. Rata-ratanya menyambut dengan lafaz syukur selaku hamba yang beriman setelah mata menyapa keputusan yang terpampang. Tetapi, tidak kurang juga yang bersedih hati dan menitiskan air mata melihat keputusan yang diharapkan elok hanya cukup-cukup makan sahaja.

APA SILAPNYA?

Adakah persediaan yang tidak cukup menyebabkan kegagalan mencapai target? Bukankah sudah dirasakan berusaha sudah secukupnya?

Ada di antara kita yang dirasakan telah melakukan persediaan secukupnya menjelang peperiksaan, sudah mengamalkantips-tips belajar serta tips-tips semasa study leave dengan sebaik mungkin, malah telah cuba sedaya upaya mengelakkan daripada gangguan semasa belajar. Tetapi sudahnya, keputusan masih cukup-cukup makan. Malu dan segan dengan sahabat-sahabat yang mendapat keputusan lebih membanggakan.

motivasi-1

KENAPA?

Peperiksaan pertengahan semester hakikatnya tidak menggambarkan keputusan di akhir tahun nanti. bukan tidak pernah berlaku, kawan yang hanya mendapat cukup-cukup makan sahaja semasa pertengahan semester merupakan pelajar cemerlang di akhir tahun nanti. Tidak mustahil. Langsung tidak mustahil bukan?

Peperiksaan pertengahan semester merupakan satu booster. Andai keputusannya elok, jangan berasa selesa, bahkan tambah dan gandakan usaha untuk mengekalkannya. Tetapi, andai keputusan anda seolah tidak memuaskan hati, pandanglah dari sudut positif, itu bukan segala-galanya. Apa gunanya kita bersedih hati dan stress berminggu-minggu memikirkan perkara yang sudah berlalu sedangkan kita punya masa untuk memperbaiki dan bermuhasabah atas kegagalan yang berlaku? Bukankah itu lebih baik?

RAHSIA DARIPADA KEGAGALAN

Rupa-rupanya kegagalan membawa erti yang besar dalam kehidupan kita. Bahkan mungkin kegagalan pula akan menjadi guru dan pembimbing kepada kejayaan yang akan datang. Hakikatnya, tidak semua perkara positif menjadi rangsangan yang terbaik untuk kita. Adakalanya siri kegagalan akan menjadi pendorong untuk kita mengubah corak kehidupan kita daripada baik kepada lebih baik lagi!

Gagal bererti anda berdepan dengan cabaran. Maknanya jika anda mampu melepasi ujian ini, maka anda bakal menempa sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat lecah jalan yang perlu anda tempuhi untuk berjaya dan terus berjaya.

Tahukah anda, hebatnya kegagalan kerana gagal itu melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Sejauh mana perancangan kita sebagai manusia, ingatlah, satu yang perlu kita ketahui bahawa kita tidak akan mampu melawan perancangan yang Allah tentukan. Pastinya, ketentuan Allah itulah yang terbaik buat kita bukan? Kadang-kadang kejayaan akan menyebabkan wujudnya rasa ego bahawa kita akan sentiasa berjaya sedangkan dalam sekelip mata sahaja Allah boleh menukarkannya kepada kegagalan jika Dia mahu.

Tanpa disedari, kegagalan sebenarnya memberikan ruang agar kita lebih teliti. Jadi, jika memang benar Allah memberi kegagalan kepada kita, sedarlah bahawa Allah mahu kita meneliti di mana kekurangan yang perlu diperbaiki dan memberi peluang untuk kita bermuhasabah diri serta merenung kembali kesilapan kita.

Andai saja kegagalan disebabkan usaha yang tidak mencukupi, penyelesaiannya tambahkan usaha.
Andai saja kegagalan disebabkan hubungan kita yang menjauh dengan Allah, pintu untuk kembali sentiasa terbuka luas.
Andai saja kegagalan disebabkan ibu dan ayah yang tidak redha dengan perbuatan kita, pohon keampunan dan perbetulkan.
Andai saja kegagalan disebabkan sikap kasar kita dengan sahabat seperjuangan, rendahkan ego dan tuntutlah kemaafan.

Kata kunci di sini, "percayalah dengan hikmah Allah"

BUAT YANG BERJAYA

Kejayaan kadang kala melalaikan seseorang dan mudah menghanyutkan jiwa dan perasaan. Banyakkan mengingatkan diri bahawa segalanya adalah daripada Allah dan bukan kerana diri kita sendiri. Ingatkan diri bahawasanya anda bukan berada di zon selesa. Usaha dan terus usaha sambil membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Apakah ertinya andai berjaya seorang diri kan? Ketahuilah, anda akan berjaya mengecapi kejayaan yang lebih manis apabila anda mendedikasikan diri anda untuk membentuk kejayaan orang lain.

POSITIFKAN DIRI

Sama ada memandang gelas separuh penuh atau separuh kosong, itu bergantung kepada corak pemikiran kita. Positifkan diri bahawa jika mereka mampu, anda sebenarnya turut mampu. Anda bukan gagal, hanya kejayaan itu yang tertunda. Bersabarlah dan sentiasa tersenyum. Allah itu ada.

Ayuh mahasiswa-mahasiswi, ummat Islam harus cemerlang!

Mencegah Dan Mengubat



الوقاية خير من العلاج
"mencegah lebih baik dari mengubati"

Apa beza antara cegah dan ubat...

cegah ni dilakukan sebelum sesuatu perkara atau penyakit atau masalah itu menghidap ataupun dalam bahasa medik yang kita selalu menghadap kat buku tu dinamakan PROPHYLAXIS....

ubat pulak diberikan setelah sesuatu perkara atau penyakit atau masalah itu menghidap ataupun dalam bahasa medik yang kita selalu menghadap kat buku tu dinamakan DRUGS atau medicine.....

jadi perbezaan yang ketara disini adalah bagaimana kita mahu MENGATASIsesuatu masalah itu baik dari segi kita halang masalah itu sebelum masalah itu terjadi (cegah) atau kita MENGATASI sesuatu masalah itu selepas kitaBERTEMU dengan masalah tersebut(ubat)...

Dalam Islam, kita diajar supaya menutup seberapa banyak pintu-pintu yang boleh membawa kepada maksiat, fitnah dan segala-gala perkara yang tidak baik ini adalah kerana BERFIKIR untuk kaedah menCEGAH itu adalah 1000 kali ganda lebih mudah berbanding BERFIKIR untuk kaedah mengUBATi sesuatu masalah tersebut...

Atas dasar inilah kita selaku umat Islam yang beriman perlu mempertimbangkan seberapa berat yang mungkin tentang setiap aspek yang ingin kita lakukan sebab umat Islam diajar bahawa kehidupan ini bukan hanya semata-mata didunia, tetapi kita semua akan diHITUNG dihadapan kerajaan yang maha AGUNG, iaitulah kerajaan ALLAH...

Dari perkara-perkara yang kita rasakan remeh sehinggalah perkara-perkara yang sebesar Gunung SINAI dan yang lebih dari itupun akan Allah persoalkan andai kita tidak memandang soal HALAL HARAM, BAIK BURUK, dan item-item lain yang sama waktu dengannya....

Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk melihat kebaikan yang ada pada sesuatu benda, tetapi dalam masa yang sama kurang berfikir tentang KESAN BURUK yang akan melanda daripada perkara yang kita akan lakukan tersebut...

Jadi apabila umat Muhammad itu sudah lari daripada apa yang diajar oleh baginda, maka fitnah dan pelbagai perkara-perkara negatif lain akan timbul dan menjadi semakin sukar untuk dikawal...

Orang yang mahu memulakan MASALAH itu tidak akan susut tetapi semakin hari orang yang sanggup menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan MASALAH semakin berkurangan...

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mulai dari hari ini akan cuba sedaya upaya untuk menCEGAH segala masalah yang timbul kerana perlu kita sedar bahawa usaha menCEGAH itu sebenarnya adalah berkali ganda mudahnya daripada usaha untuk menUBATi sesuatu penyakit...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...