assalamualaikum w.b.t

Satu program yang menyatukan pendakwah-pendakwah muda telah berjaya dilaksanakan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM) iaitu Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kabangsaan 2009 (WEHDAH'09) yang berlangsung pada 22-25hb November bertempat di USIM.

Segala puji bagi ALLAH yang membuka hati-hati pemuda-pemudi daripada segenap pelusuk negara ini yang mewakili IPT masing2 untuk sama-sama menimba ilmu serta berkongsi serba sedikit mengenai aktiviti dakwah daripada panel jemputan.

Kehadiran melebihi 600 peserta telah menghangatkan lagi suasana yang sememangnya berbeza waqi' dan cara dakwah di kampus. Alhamdulillah beberapa orang admin blog ini dapat turut serta bersama para sahabat lainnya menyingkap persepsi mengenai dakwah ini dari sudut pandang yang berbeza.

tahniah diucapkan pada para urusetia yang berusaha bersungguh2 dalam memberikan input melalui panel2 yang hadir.untuk ketahui lbh lanjut click sini http://kpmk09.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan